Khamis, 27 Disember 2012

NAMPAK BAIK, REALITINYA BURUK



Sebahagian masyarakat kita mempunyai pemikiran yang baik atau sekurang-sekurangnya menginginkan kebaikan daripada setiap amalan yang dilakukan. Hal ini merupakan suatu petanda positif sebagai asas untuk mendorong diri menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada makhluk Allah azza wa jalla yang lain. Ia juga menjadi bukti bahawa individu tersebut sudah mendapat ‘tolakan’ ke arah jatidiri seorang Muslim yang sejati.

Ahad, 23 Disember 2012

SIRI 3: CINTA NABI (Sifat Amanah dan Jujur)


[5]          Para musuh Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam mengakui amanah beliau sebelum kesaksian para sahabat beliau. Abu Sufyan, pemuka Makkah, telah mengakuinya sebelum beliau memeluk agama Islam di hadapan penguasa Romawi, Kaisar Hercules. Sedangkan Hercules meminta kesaksiannya, saat itu Kaisar menerima surat Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang mengajaknya memeluk Islam.

Isnin, 17 Disember 2012

BERKHIDMATLAH DENGAN PENUH AMANAH


 
Sudah sekian lama masa cuti berlalu tanpa sebarang tugas formal yang dilakukan, hanya berpaut pada jendela buku yang berselerakan di sebalik mundar-mandir perjalanan menuju ke destinasi silaturrahim. Kini menjelang tiba saat mempersiapkan diri dari aspek fizikal, emosi, rohani dan ilmu bagi menjalani sesi baharu persekolahan sebagai seorang guru. Pelbagai persoalan yang bermain dalam benak fikiran ini mengenai tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul, adakah dapat dipenuhi atau dibiarkan ia dikhianati menjadi salah satu kriteria orang – orang munafik.

Sabtu, 15 Disember 2012

HAKIKAT DEMAM DAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENIMPA



 Setiap yang berlaku merupakan suratan taqdir yang telah ditentukan Allah azza wa jalla dan disebaliknya pasti tersirat hikmah yang tidak dapat dijangkau dek akal. Begitulah juga apabila kita ditimpa musibah demam dan pelbagai jenis penyakit. Sebaiknya kita sebagai hamba Allah azza wa jalla redha dengan segala ketetapan tersebut dan elakkan daripada mengeluh atau mempersoalkan taqdir yang telah ditetapkan Allah azza wa jalla. Abu al-Darda’ pernah berkata: "Apabila Allah azza wa jalla telah menetapkan suatu taqdir, maka yang paling dicintaiNya adalah (kita) meredhai taqdirNya"[1].

Selasa, 11 Disember 2012

BERWASPADA DENGAN NIKMAT




Kebanyakan daripada masyarakat kita beranggapan bahawa melimpahnya nikmat dan rezeki yang diperolehi merupakan tanda kemuliaan daripada Allah azza wa jalla. Sambil mengganggap mereka yang miskin, hidup dalam kesempitan dan gundah gulana adalah golongan yang dihina Allah atas keengkaran mereka mematuhi perintah Allah azza wa jalla. Inilah persepsi yang bermain dibenak fikiran sebilangan kita seandainya dipandu oleh penilaian logik akal semata-mata tanpa merujuk kepada hakikat atau maqasid sebenar nikmat Allah azza wa jalla.

Khamis, 6 Disember 2012

ALTERNATIF : CUKUR JAMBUL DARIPADA ADAT KEPADA SUNNAH



Upacara Cukur Jambul merupakan antara adat resam masyarakat Melayu di Malaysia saat menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka. Upacara ini juga turut dikenali dengan nama Endoi di Kedah serta Naik Buai di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah. Masyarakat kita menyambutnya bersempena dengan genapnya 40 hari bayi dilahirkan, malah ada juga yang turut menggabungkan upacara Cukur Jambul tersebut dengan ibadah aqiqah. Situasi ini mengundang beberapa permasalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai bid’ah (tokok tambah dalam agama).

Selasa, 4 Disember 2012

BERAMALLAH DENGAN ILMU BUKAN IKUT-IKUTAN


Fenomena 30 minit Ustaz Don dan Kemah Keming Ustaz Azhar sudah melanda umat Islam di Malaysia. Ia memperlihatkan suatu petanda positif masyarakat sudah berkehendak  kepada ilmu agama dan mula berjinak-jinak mendalaminya. Namun, sikap menyandarkan sesuatu hukum kepada tuan-tuan guru ‘tertentu’ tanpa mengemukakan sebarang dalil sewajarnya dikikis. Selayaknya kita yang berkemampuan dari segi fizikal dan mental ini ‘keluar’ dalam kerangka mencari ilmu agama, bukan sekadar mengikuti pengajian melalui pandangan satu pihak sahaja.

Ahad, 2 Disember 2012

IBU BAPA PENCONGAK KEBAHAGIAAN


Setiap manusia menginginkan kebahagian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh sebab itu, sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impiannya. Ia bergantung kepada sejauhmana pemahaman dan tafsiran individu mengenai erti kebahagiaan.

Selasa, 27 November 2012

ISU PALESTIN: ANJURAN QUNUT NAZILAH BUKAN SOLAT HAJAT



Dunia Islam semakin dicabar oleh keganasan dan kerakusan Yahudi dan kroni-kroni mereka. Kekejaman yang diwarisi sejak berkurun lamanya masih tidak menunjukkan sebarang jalan penyelesaian. Usaha pendamaian yang dilakukan seperti perjanjian damai, genjatan senjata dan sebagainya masih tidak membuahkan sebarang hasil yang positif. Sebaliknya Yahudi bijak mengambil kesempatan membantai dengan sewenang-wenangnya komuniti Gaza, Palestin yang terdiri daripada masyarakat Muslim dan Kristian.

Sabtu, 24 November 2012

ISU PALESTIN : AL-QUDS PASTI KEMBALI KE PANGKUAN ISLAM



Palestin mencatatkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah penurunan agama ‘Samawi’ kerana padanya diturunkan risalah-risalah kenabian, perutusan para Rasul, tempat hijrah para Nabi, laluan Isra’ dan Mi’raj Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wa Sallam dan merupkakan kiblat pertama umat Islam. Malah bumi Palestin juga merupakan tempat pembinasaan al-Masih ad-Dajjal di tangan al-Masih Isa Alayhissalam.

Khamis, 22 November 2012

SUNNAH MEMILIKI DAN MENAIKI KENDERAAN



Adab Memiliki Kenderaan

Kebanyakan kita sering memperkatakan tentang kecanggihan kenderaan yang dimiliki, kekuatan enjin, kelancaran pemanduan dan sebagainya. Terdapat dalam kalangan kita juga yang sibuk membicarakan mengenai kes-kes yang berlaku di jalanraya seperti beg diragut ketika menaiki motor atau kereta, kemalangan jalanraya dan kerosakan kereta. Bahkan, sebahagian kita juga membincangkan tentang bahayanya pelaksanaan sistem AES, cara melepaskan diri daripada ‘Road Block’ dan sebagainya.

Ahad, 18 November 2012

SIRI 2: CINTA NABI (Kesantunan, Kelembutan dan Sikap Toleransi)


Sopan dengan Orang Quraisy dan Penduduk Taif

[3]          Dari Aisyah bahawa beliau berkata kepada Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam “Pernahkah engkau mengalami hari yang lebih sukar berbanding ketika perang Uhud? Nabi Sallallahu Alayh wa SallamSallallahu Alayh wa Sallam-. menjawab: “Sungguh aku mendapat perlakuan daripada kaummu sebagaimana yang telah aku tempuhi dan perlakuan mereka terhadapku yang paling berat adalah (ketika) di hari Aqabah, saat itu aku menawarkan diriku kepada Ibn Abd Yalil ibn Abd Kulal, namun dia menolak tawaranku, maka aku meninggalkannya dalam keadaan bersedih dan murung (yang terpancar) di rauk wajahku, aku baru sedar ketika aku sampai di Qarn al-Tha’alib aku mendongak ke atas, kelihatan awan yang memayungiku dan ternyata Jibril berada disitu, lalu dia (Jibril) memanggilku seraya berkata: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu kepadamu dan jawapan mereka ke atasmu, Dia (Allah) mengutus seorang malaikat gunung agar kamu memerintahkannya apa sahaja yang kamu inginkan”.

Khamis, 15 November 2012

MUHARRAM BUKAN BULAN HIJRAH


Bulan Muharram merupakan bulan pertama mengikut perkiraan kalendar Hijrah yang diperkenalkan pada era pemerintahan Umar al-Khattab. Ramai terkeliru antara permulaan kalendar Hijrah dan permulaan Hijrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam.

Rabu, 7 November 2012

SIRI 1: CINTA NABI (Kesantunan, Kelembutan dan Sikap Toleransi)


Berakhlak dengan Para Sahabat

[1]          Daripada Anas ibn Malik beliau berkata: Di saat kami sedang berada di masjid bersama Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam tiba-tiba seorang Arab pedalaman (Badwi) datang, lalu kencing di (salah satu sudut) masjid (Masjid Nabawi), maka para sahabat Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam berkata: "Hentikan, hentikan!". Namun Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam menegur dengan katanya: "Jangan mengherdiknya, bahkan biarkan sahaja dia (menyelesaikan kencingnya). Lalu para sahabat pun membiarkannya sampai dia selesai kencing.

Isnin, 5 November 2012

MUHARRAM YANG DINANTI



 Bulan Muharram merupakan antara 4 bulan yang memiliki kehormatan di sisi Allah Azza wa Jalla. Ia berpandukan kepada hadith Abu Bakrah Nafi’ ibn al-Harith, bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:

إنَّ الزمانَ قد استدارَ كهيئتِهِ يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ . السنةُ اثنا عشرةَ شهرا . منها أربعةٌ حُرُمٌ . ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القعدةِ وذو الحجةِ والمحرمُ . ورجبُ ، شهرُ مُضَرَ ، الذي بينَ جمادَى وشعبانَ

Terjemahannya: “Sesungguhnya zaman telah berputar kembali seperti bentuknya ketika Allah menciptakan langit-langit dan bumi, satu tahun itu mempunyai 12 bulan dan di antara bulan-bulan tersebut, terdapat 4 bulan haram (yang memiliki kehormatan), 3 bulan (daripadanya) berturut-turut (iaitu): Dzul Qoi’dah, Dzul Hijjah dan Muharram. Manakala bulan Rajab ialah Mudhor iaitu yang berada antara Jumadil (akhir) dan Sya’ban”. (Sahih: Al-Bukhari dan Muslim)

Di sebalik pengiktirafan tersebut, tersembunyi satu peristiwa penting yang seharusnya dititik beratkan oleh umat Islam sejagat, sehinggakan lahirnya suatu galakan, menunaikan ibadah puasa pada hari tersebut. Itulah hari yang digelar Hari Asyura.

Berkenaan Hari Asyura ini, Aisyah bint Abi Bakr radhiallahu ‘anha pernah menceritakan bahawa: 

كان يومُ عاشوراءَ تصومُه قريشٌ في الجاهليةِ، وكان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يصومُه، فلما قَدِمَ المدينةَ صامه وأمَر بصيامِه، فلما فُرِضَ رمضانُ ترك يومَ عاشوراءَ، فمَن شاء صامه ومَن شاء ترَكَه

“Orang-orang Quraisy pada zaman Jahiliyah dahulunya berpuasa Hari Asyura dan begitu juga Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam turut sama berpuasa. Tatkala Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam berhijrah ke Madinah, beliau tetap berpuasa Hari Asyura bahkan memerintahkan (manusia) untuk berpuasa padanya. Dan tatkala (puasa) Ramadhan diwajibkan, Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam meninggalkan (puasa) Hari Asyura. Maka (mulai saat itu) siapa sahaja yang ingin (berpuasa Hari Asyura), berpuasalah dan siapa yang tidak mahu (berpuasa) maka tinggalkanlah”. (Muttafaqun Alayh)

Timbul persoalan, mengapakah orang-orang Quraisy pada zaman tersebut berpuasa pada Hari Asyura?. Jawapannya boleh disingkap melalui dialog antara Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam dan Yahudi Madinah yang diceritakan oleh ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawa:

قَدِمَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم المدينةَ، فرأَى اليهودَ تصومُ يومَ عاشوراءَ، فقال : ( ما هذا ) . قالوا : هذا يومٌ صالحٌ، هذا يومَ نجَّى اللهُ بني إسرائيلَ من عدُوِّهم، فصامه موسى . قال : ( فأنا أحقُّ بموسى منكم ) . فصامه وأمَر بصيامِه

“Setibanya Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam di Madinah (dalam peristiwa Hijrah), beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari ‘Asyura. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam bertanya kepada mereka (orang-orang Yahudi):“Apa ini?”, mereka (orang-orang Yahudi) menjawab: “Ini adalah hari yang baik, (kerana) hari ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Isra`il daripada musuh mereka, maka (disebabkan itu) Musa berpuasa pada hari ini”. Lantas Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam bersabda: “Kalau begitu (kisahnya) saya lebih berhak mengikuti Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”. Selepas itu Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam pun berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan (manusia) untuk turut sama berpuasa”. (Muttafaqun Alayh)

Mungkin ada antara kita yang mempersoalkan, mengapakah kita perlu berpuasa pada hari yang diagung-agungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani (Kristian)? Jawapannya boleh disingkap melalui pemahaman yang sahih dan jelas daripada hadith Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahawa:

“Tatkala Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan beliau memerintahkan (manusia) untuk berpuasa, mereka (para sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani”. Lantas Rasulullah Shollallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Jika tahun hadapan (aku masih hidup) insya Allah, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram)”. (Ibnu ‘Abbas) berkata: Belum sempat tahun berikutnya tiba, Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wa sallam wafat”. (Sahih: Riwayat Muslim)

Kisah ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Nabi Shollallahu ‘alaihi wa sallam dalam menyelisihi perbuatan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Sungguhpun Nabi Shollallahu ‘alaihi wa sallam belum sempat melaksanakan puasa pada hari kesembilan tersebut, namun penyaksian keazaman beliau sudah cukup untuk menjadikan ia dalil pensyariatan berpuasa pada hari tersebut.

Konklusinya:
1-      Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat, bukan wajib.
2-      Puasa Asyura mula disyariatkan ketika pertama kali Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam tiba di Madinah daripada Hijrah.
3-      Sebab digalakkan berpuasa pada Hari Asyura ialah kerana pada hari tersebut Allah azza wa jalla telah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Isra’il daripada musuhnya. Secara langsung menafikan dakwaan orientalis yang mengatakan Islam menganjurkan puasa tersebut sebagai mengikut ajaran Yahudi.
4-      Disunatkan juga berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram sebagai menyelisihi atau membezakan antara amalan agama Islam dengan Yahudi dan Nasrani.

Wallahu A'lam