Sopan dengan Orang Quraisy dan Penduduk Taif
[3] Dari Aisyah bahawa beliau berkata
kepada Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam “Pernahkah engkau mengalami hari
yang lebih sukar berbanding ketika perang Uhud? Nabi Sallallahu Alayh wa
SallamSallallahu Alayh wa Sallam-. menjawab: “Sungguh aku mendapat perlakuan daripada kaummu sebagaimana
yang telah aku tempuhi dan perlakuan mereka terhadapku yang paling berat adalah
(ketika) di hari Aqabah, saat itu aku menawarkan diriku kepada Ibn Abd Yalil ibn
Abd Kulal, namun dia menolak tawaranku, maka aku meninggalkannya dalam keadaan
bersedih dan murung (yang terpancar) di rauk wajahku, aku baru sedar ketika aku
sampai di Qarn al-Tha’alib aku mendongak ke atas, kelihatan awan yang
memayungiku dan ternyata Jibril berada disitu, lalu dia (Jibril) memanggilku
seraya berkata: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu kepadamu
dan jawapan mereka ke atasmu, Dia (Allah) mengutus seorang malaikat gunung agar
kamu memerintahkannya apa sahaja yang kamu inginkan”.
(Maka) Malaikat gunung memanggilku, lalu dia mengucapkan salam kepadaku, seraya berkata: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu kepadamu, (maka) aku adalah malaikat gunung, Rabbmu (Allah) mengutusku kepadamu agar kamu memerintahkanku sehendakmu, sekiranya engkau inginkan sesuatu, (maka) aku akan menimpakan dua gunung (al-Akhshabayn) ke atas mereka (penduduk Taif) –sebagai balasan kepada apa yang mereka lakukan kepada Nabi
(Maka) Malaikat gunung memanggilku, lalu dia mengucapkan salam kepadaku, seraya berkata: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu kepadamu, (maka) aku adalah malaikat gunung, Rabbmu (Allah) mengutusku kepadamu agar kamu memerintahkanku sehendakmu, sekiranya engkau inginkan sesuatu, (maka) aku akan menimpakan dua gunung (al-Akhshabayn) ke atas mereka (penduduk Taif) –sebagai balasan kepada apa yang mereka lakukan kepada Nabi
Lantas Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam menjawab (berdoa): “Oleh
itu, Aku berharap agar Allah berkenan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka
(penduduk Taif), orang-orang yang menyembah Allah semata-mata dan tidak
mempersekutukannya dengan sesuatu [1].
Sopan terhadap Abdullah bin Ubay bin Salul (Ketua
Munafik)
[4] Ketika beliau mati, Rasulullah Sallallahu
Alayh wa Sallam dipanggil untuk mensolatkan jenazahnya. Ketika Rasulullah Sallallahu
Alayh wa Sallam berdiri untuk solat, Umar al-Khattab melangkah ke hadapan
dan berkata: “Wahai Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam, apakah engkau
ingin mensolatkan jenazah Ibn Ubay sedangkan dia telah mengucapkan begini dan
begini di hari ini dan ini (perkataan yang buruk)? Umar berkata: “lalu aku
menyebutkan (kembali) semua yang telah ia (Ibn Ubay) katakan tentang Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam.
Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam hanya tersenyum, seraya bersabda: “mundurlah
kamu dariku wahai Umar”. Manakala aku terus mendesak, lantas Rasulullah Sallallahu
Alayh wa Sallam berkata: “Sesungguhnya aku diberi pilihan:
Terjemahannya:
“(Orang-orang manufik itu) sama sahaja Engkau meminta ampun untuk mereka
atau Engkau tidak meminta ampun bagi mereka. jika Engkau (Wahai Muhammad)
meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak
sekali-kali mengampunkan mereka; Yang demikian itu, kerana mereka telah kufur
kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada
kaum Yang fasik” (Surah al-Tawbah: 80).
dan aku
memilih, seandainya aku mengetahui jika aku menambah tujuh puluh kali
permohonan ampunan dan dia diampuni, nescaya aku akan menambah”.
Umar berkata: lalu Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam
mensolatkannya kemudian pergi, tidak berlangsung lama, dua ayat dalam surah
at-taubah iaitu Firman Allah:
Terjemahannya: “Dan janganlah Engkau sembahyangkan seorang pun Yang
mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah Engkau berada
di (tepi) kuburnya, kerana Sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan
RasulNya, dan mereka mati sedang mereka Dalam keadaan fasik (derhaka)”(Surah al-Tawbah: 84).
Umar
berkata, setelah itu (aku) merasa hairan terhadap kelancanganku terhadap
Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam. Dan Allah dan RasulNya lebih
mengetahui [2].
Siapapun akan terkejut lagi melihat Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam
memberikan bajunya untuk mengkafankan Abdullah bin Ubay bin Salul [3]
seorang ketua Munafik.
Hadith ini menunjukkan sikap
kesantunan Rasulullah Sallallahu Alayh
wa Sallam. Kesabaran dan kemaafan Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam mengatasi
sikap marah dan bencinya kepada golongan yang pernah menindasnya Sallallahu
Alayh wa Sallam. Kita selaku umat Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam
seharusnya mencontohi akhlak dan perbadi Rasulullah Sallallahu Alayh wa
Sallam sebagai tanda cinta kita kepadanya Sallallahu Alayh wa Sallam.
[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 3231, Muslim no.1795.
al-Akshabain adalah dua gunung yang mengelilingi Mekah, keduanya adalah Abu
Qubais dan al-Ahmar, dinamakan demikian kerana kerasnya batu keduanya.
Al-Akhshab adalah gunung yang keras batunya.
[2] Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 4671 dari hadith Ibnu
Abbas
[3] Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 1270, Muslim no.2773
dari Jabir bin Abdullah berkata, Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam
mendatangi Abdullah bin Ubay bin Salul setelah dia di kubur, beliau
menggalinya, dan meludahinyadan memakaikan kainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan