Khamis, 27 Disember 2012

NAMPAK BAIK, REALITINYA BURUK



Sebahagian masyarakat kita mempunyai pemikiran yang baik atau sekurang-sekurangnya menginginkan kebaikan daripada setiap amalan yang dilakukan. Hal ini merupakan suatu petanda positif sebagai asas untuk mendorong diri menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada makhluk Allah azza wa jalla yang lain. Ia juga menjadi bukti bahawa individu tersebut sudah mendapat ‘tolakan’ ke arah jatidiri seorang Muslim yang sejati.

Ahad, 23 Disember 2012

SIRI 3: CINTA NABI (Sifat Amanah dan Jujur)


[5]          Para musuh Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam mengakui amanah beliau sebelum kesaksian para sahabat beliau. Abu Sufyan, pemuka Makkah, telah mengakuinya sebelum beliau memeluk agama Islam di hadapan penguasa Romawi, Kaisar Hercules. Sedangkan Hercules meminta kesaksiannya, saat itu Kaisar menerima surat Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang mengajaknya memeluk Islam.

Isnin, 17 Disember 2012

BERKHIDMATLAH DENGAN PENUH AMANAH


 
Sudah sekian lama masa cuti berlalu tanpa sebarang tugas formal yang dilakukan, hanya berpaut pada jendela buku yang berselerakan di sebalik mundar-mandir perjalanan menuju ke destinasi silaturrahim. Kini menjelang tiba saat mempersiapkan diri dari aspek fizikal, emosi, rohani dan ilmu bagi menjalani sesi baharu persekolahan sebagai seorang guru. Pelbagai persoalan yang bermain dalam benak fikiran ini mengenai tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul, adakah dapat dipenuhi atau dibiarkan ia dikhianati menjadi salah satu kriteria orang – orang munafik.

Sabtu, 15 Disember 2012

HAKIKAT DEMAM DAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENIMPA



 Setiap yang berlaku merupakan suratan taqdir yang telah ditentukan Allah azza wa jalla dan disebaliknya pasti tersirat hikmah yang tidak dapat dijangkau dek akal. Begitulah juga apabila kita ditimpa musibah demam dan pelbagai jenis penyakit. Sebaiknya kita sebagai hamba Allah azza wa jalla redha dengan segala ketetapan tersebut dan elakkan daripada mengeluh atau mempersoalkan taqdir yang telah ditetapkan Allah azza wa jalla. Abu al-Darda’ pernah berkata: "Apabila Allah azza wa jalla telah menetapkan suatu taqdir, maka yang paling dicintaiNya adalah (kita) meredhai taqdirNya"[1].

Selasa, 11 Disember 2012

BERWASPADA DENGAN NIKMAT




Kebanyakan daripada masyarakat kita beranggapan bahawa melimpahnya nikmat dan rezeki yang diperolehi merupakan tanda kemuliaan daripada Allah azza wa jalla. Sambil mengganggap mereka yang miskin, hidup dalam kesempitan dan gundah gulana adalah golongan yang dihina Allah atas keengkaran mereka mematuhi perintah Allah azza wa jalla. Inilah persepsi yang bermain dibenak fikiran sebilangan kita seandainya dipandu oleh penilaian logik akal semata-mata tanpa merujuk kepada hakikat atau maqasid sebenar nikmat Allah azza wa jalla.

Khamis, 6 Disember 2012

ALTERNATIF : CUKUR JAMBUL DARIPADA ADAT KEPADA SUNNAH



Upacara Cukur Jambul merupakan antara adat resam masyarakat Melayu di Malaysia saat menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka. Upacara ini juga turut dikenali dengan nama Endoi di Kedah serta Naik Buai di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah. Masyarakat kita menyambutnya bersempena dengan genapnya 40 hari bayi dilahirkan, malah ada juga yang turut menggabungkan upacara Cukur Jambul tersebut dengan ibadah aqiqah. Situasi ini mengundang beberapa permasalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai bid’ah (tokok tambah dalam agama).

Selasa, 4 Disember 2012

BERAMALLAH DENGAN ILMU BUKAN IKUT-IKUTAN


Fenomena 30 minit Ustaz Don dan Kemah Keming Ustaz Azhar sudah melanda umat Islam di Malaysia. Ia memperlihatkan suatu petanda positif masyarakat sudah berkehendak  kepada ilmu agama dan mula berjinak-jinak mendalaminya. Namun, sikap menyandarkan sesuatu hukum kepada tuan-tuan guru ‘tertentu’ tanpa mengemukakan sebarang dalil sewajarnya dikikis. Selayaknya kita yang berkemampuan dari segi fizikal dan mental ini ‘keluar’ dalam kerangka mencari ilmu agama, bukan sekadar mengikuti pengajian melalui pandangan satu pihak sahaja.

Ahad, 2 Disember 2012

IBU BAPA PENCONGAK KEBAHAGIAAN


Setiap manusia menginginkan kebahagian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh sebab itu, sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impiannya. Ia bergantung kepada sejauhmana pemahaman dan tafsiran individu mengenai erti kebahagiaan.