Jumaat, 20 September 2013

SIRI 3 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam)


Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelumnya yang berjudul SIRI I dan SIRI II: MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam)



Umrah Ketiga: Umrah Ji’ranah atau Ji’irranah[1].

Perjalanan umrah ini berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun ke-8 Hijrah, rentetan daripada peristiwa penaklukan kota Mekah pada tanggal 19 Ramadhan yang membawa kepada tercetusnya api peperangan Hunayn pada tanggal 10 Syawal.

Khamis, 19 September 2013

SIRI 11 : CINTA NABI (Sifat Adil)


Gambar Hiasan
 [31]      Tercatat dalam sebuah kisah tentang seorang wanita dalam kalangan Bani Makhzum yang telah didapati melakukan perbuatan mencuri era peperangan (ghazwah) al-Fath. Tatkala seorang sahabat kesayangan Nabi Muhammad Sallallahu ALayh wa Sallam yang terkenal iaitu Usamah bin Zaid berusaha menjadi perantara untuk bertemu Nabi Muhammad Sallallahu ALayh wa Sallam bagi memohon kemaafan buat wanita tersebut (agar tidak dijatuhkan hukuman keatasnya).

Rabu, 11 September 2013

SIRI 2 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam)


Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelumnya yang berjudul SIRI I: MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam).

Gambar hiasan
Umrah Kedua: Umrah al-Qadha’.

Perjalanan umrah ini berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah[1], setahun selepas berlakunya peristiwa perjanjian Hudaibiyah sebagaimana kesepakatan yang dicapai antara Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam dan Musyrikin Quraisy dalam perjanjian tersebut. Dalam perjalanan menuju ke Mekah, telah berlaku satu peristiwa agung yang menyumbang kepada satu hukum dalam perbahasan permasalahan Umrah dan Haji, iaitu peristiwa pernikahan Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam dengan Maymunah bint al-Harith.

Sabtu, 7 September 2013

SIRI 10: CINTA NABI (Sifat Kasih Sayang)


Kasih Sayang terhadap Haiwan

[26]      Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam melarang umatnya menjadikan burung atau haiwan-haiwan lain yang bernyawa sebagai sasaran latihan memanah.

Selasa, 3 September 2013

SIRI 1 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam)


Tercatat dalam Sahih al-Bukhari sebuah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik (anak Ummu Sulaym) Radhiyallahu Anh bahawa:

اعتمَرَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أربعَ عُمَرٍ ، كلُّهُنَّ في ذي القَعْدَةِ ، إلا التي كانت مع حِجَّتِه : عمرةٌ مِن الحُدَيْبِيَةِ في ذي القَعْدَةِ ، وعمرةٌ مِن العامِ المُقْبِلِ في ذي القَعْدَةِ ، وعمرةٌ مِن الجُعْرَانةِ ، حيث قَسَمَ غنائمَ حُنَيْنٍ في ذي القَعْدَةِ ، وعمرةٌ مع حَجَّتِه.

Terjemahannya: “Rasulullah Sallallahu ALayh wa Sallam telah mengerjakan umrah sebanyak 4 kali, kesemuanya pada bulan Zulkaedah, kecuali umrahnya yang disertakan dengan Haji. (Iaitu) Umrah Hudaibiyah, Umrah Tahun Berikutnya (Qadha’), Umrah Ji’ranah yang menyaksikan peristiwa Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam membahagikan harta rampasan dalam peperangan Hunain dan Umrah yang disertakan dengan Haji”[1].