Dunia Islam semakin dicabar oleh keganasan dan kerakusan Yahudi dan
kroni-kroni mereka. Kekejaman yang diwarisi sejak berkurun lamanya masih tidak
menunjukkan sebarang jalan penyelesaian. Usaha pendamaian yang dilakukan
seperti perjanjian damai, genjatan senjata dan sebagainya masih tidak
membuahkan sebarang hasil yang positif. Sebaliknya Yahudi bijak mengambil
kesempatan membantai dengan sewenang-wenangnya komuniti Gaza, Palestin yang terdiri
daripada masyarakat Muslim dan Kristian.
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak antaranya orang-orang yang fasik” [Surah al-Hadid : 16]
Selasa, 27 November 2012
Sabtu, 24 November 2012
ISU PALESTIN : AL-QUDS PASTI KEMBALI KE PANGKUAN ISLAM
Palestin mencatatkan pelbagai peristiwa penting dalam
sejarah penurunan agama ‘Samawi’ kerana padanya diturunkan risalah-risalah kenabian,
perutusan para Rasul, tempat hijrah para Nabi, laluan Isra’ dan Mi’raj Rasulullah
Sollallahu ‘alayhi wa Sallam dan merupkakan kiblat pertama umat Islam.
Malah bumi Palestin juga merupakan tempat pembinasaan al-Masih ad-Dajjal di tangan
al-Masih Isa Alayhissalam.
Khamis, 22 November 2012
SUNNAH MEMILIKI DAN MENAIKI KENDERAAN
Kebanyakan kita sering memperkatakan tentang kecanggihan kenderaan
yang dimiliki, kekuatan enjin, kelancaran pemanduan dan sebagainya. Terdapat
dalam kalangan kita juga yang sibuk membicarakan mengenai kes-kes yang berlaku
di jalanraya seperti beg diragut ketika menaiki motor atau kereta, kemalangan
jalanraya dan kerosakan kereta. Bahkan, sebahagian kita juga membincangkan
tentang bahayanya pelaksanaan sistem AES, cara melepaskan diri daripada ‘Road
Block’ dan sebagainya.
Ahad, 18 November 2012
SIRI 2: CINTA NABI (Kesantunan, Kelembutan dan Sikap Toleransi)
Sopan dengan Orang Quraisy dan Penduduk Taif
[3] Dari Aisyah bahawa beliau berkata
kepada Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam “Pernahkah engkau mengalami hari
yang lebih sukar berbanding ketika perang Uhud? Nabi Sallallahu Alayh wa
SallamSallallahu Alayh wa Sallam-. menjawab: “Sungguh aku mendapat perlakuan daripada kaummu sebagaimana
yang telah aku tempuhi dan perlakuan mereka terhadapku yang paling berat adalah
(ketika) di hari Aqabah, saat itu aku menawarkan diriku kepada Ibn Abd Yalil ibn
Abd Kulal, namun dia menolak tawaranku, maka aku meninggalkannya dalam keadaan
bersedih dan murung (yang terpancar) di rauk wajahku, aku baru sedar ketika aku
sampai di Qarn al-Tha’alib aku mendongak ke atas, kelihatan awan yang
memayungiku dan ternyata Jibril berada disitu, lalu dia (Jibril) memanggilku
seraya berkata: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu kepadamu
dan jawapan mereka ke atasmu, Dia (Allah) mengutus seorang malaikat gunung agar
kamu memerintahkannya apa sahaja yang kamu inginkan”.
Khamis, 15 November 2012
MUHARRAM BUKAN BULAN HIJRAH
Bulan Muharram merupakan bulan
pertama mengikut perkiraan kalendar Hijrah yang diperkenalkan pada era
pemerintahan Umar al-Khattab. Ramai terkeliru antara permulaan kalendar Hijrah
dan permulaan Hijrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam.
Rabu, 7 November 2012
SIRI 1: CINTA NABI (Kesantunan, Kelembutan dan Sikap Toleransi)
Berakhlak dengan Para Sahabat
[1] Daripada Anas ibn Malik beliau
berkata: Di saat kami sedang berada di masjid bersama Rasulullah Sallallahu
Alayh wa Sallam tiba-tiba seorang Arab pedalaman (Badwi) datang, lalu kencing di
(salah satu sudut) masjid (Masjid Nabawi), maka para sahabat Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam
berkata: "Hentikan, hentikan!". Namun Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam menegur dengan katanya: "Jangan mengherdiknya, bahkan biarkan sahaja dia (menyelesaikan kencingnya). Lalu para sahabat pun membiarkannya
sampai dia selesai kencing.
Isnin, 5 November 2012
MUHARRAM YANG DINANTI
Bulan Muharram merupakan antara 4 bulan yang memiliki kehormatan di sisi Allah Azza wa Jalla. Ia berpandukan kepada hadith Abu Bakrah Nafi’ ibn al-Harith, bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:
إنَّ الزمانَ قد استدارَ كهيئتِهِ يومَ خلقَ
اللهُ السماواتِ والأرضَ . السنةُ اثنا عشرةَ شهرا . منها
أربعةٌ حُرُمٌ . ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القعدةِ وذو الحجةِ والمحرمُ . ورجبُ ، شهرُ مُضَرَ ، الذي بينَ جمادَى وشعبانَ
Terjemahannya:
“Sesungguhnya zaman telah berputar kembali seperti bentuknya ketika
Allah menciptakan langit-langit dan bumi, satu tahun itu mempunyai 12 bulan dan
di antara bulan-bulan tersebut, terdapat 4 bulan haram (yang memiliki
kehormatan), 3 bulan (daripadanya) berturut-turut (iaitu): Dzul Qoi’dah, Dzul
Hijjah dan Muharram. Manakala bulan Rajab ialah Mudhor iaitu yang berada antara
Jumadil (akhir) dan Sya’ban”. (Sahih: Al-Bukhari dan Muslim)
Di sebalik pengiktirafan tersebut, tersembunyi
satu peristiwa penting yang seharusnya dititik beratkan oleh umat Islam
sejagat, sehinggakan lahirnya suatu galakan, menunaikan ibadah puasa pada hari
tersebut. Itulah hari yang digelar Hari Asyura.
Berkenaan Hari Asyura ini, Aisyah bint Abi Bakr radhiallahu ‘anha pernah menceritakan bahawa:
كان يومُ عاشوراءَ تصومُه قريشٌ في الجاهليةِ، وكان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم
يصومُه، فلما قَدِمَ المدينةَ صامه وأمَر بصيامِه، فلما فُرِضَ رمضانُ ترك يومَ عاشوراءَ، فمَن شاء صامه ومَن شاء ترَكَه
“Orang-orang Quraisy pada zaman Jahiliyah dahulunya
berpuasa Hari Asyura dan begitu juga Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam turut
sama berpuasa. Tatkala Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam berhijrah ke
Madinah, beliau tetap berpuasa Hari Asyura bahkan memerintahkan (manusia) untuk
berpuasa padanya. Dan tatkala (puasa) Ramadhan diwajibkan, Rasulullah Sallallahu
‘alayhi wa Sallam meninggalkan (puasa) Hari Asyura. Maka (mulai saat itu) siapa
sahaja yang ingin (berpuasa Hari Asyura), berpuasalah dan siapa yang tidak mahu
(berpuasa) maka tinggalkanlah”. (Muttafaqun Alayh)
Timbul persoalan, mengapakah orang-orang Quraisy
pada zaman tersebut berpuasa pada Hari Asyura?. Jawapannya boleh disingkap
melalui dialog antara Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam dan Yahudi Madinah yang diceritakan oleh ‘Abdullah
ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawa:
قَدِمَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم
المدينةَ، فرأَى اليهودَ تصومُ يومَ عاشوراءَ، فقال : ( ما
هذا ) . قالوا : هذا يومٌ صالحٌ، هذا يومَ نجَّى اللهُ بني إسرائيلَ من عدُوِّهم،
فصامه موسى . قال : ( فأنا أحقُّ بموسى منكم ) . فصامه وأمَر بصيامِه
“Setibanya Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam
di Madinah (dalam peristiwa Hijrah), beliau mendapati orang-orang Yahudi
berpuasa pada Hari ‘Asyura. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam
bertanya kepada mereka (orang-orang Yahudi):“Apa ini?”, mereka (orang-orang
Yahudi) menjawab: “Ini adalah hari yang baik, (kerana) hari ini adalah hari di mana
Allah menyelamatkan Bani Isra`il daripada musuh mereka, maka (disebabkan itu) Musa
berpuasa pada hari ini”. Lantas Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam
bersabda: “Kalau begitu (kisahnya) saya lebih berhak mengikuti Musa daripada
kalian (orang-orang Yahudi)”. Selepas itu Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam
pun berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan (manusia) untuk turut sama berpuasa”.
(Muttafaqun Alayh)
Mungkin ada antara kita yang mempersoalkan,
mengapakah kita perlu berpuasa pada hari yang diagung-agungkan oleh orang
Yahudi dan Nasrani (Kristian)? Jawapannya boleh disingkap melalui pemahaman
yang sahih dan jelas daripada hadith Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahawa:
“Tatkala Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan beliau memerintahkan
(manusia) untuk berpuasa, mereka (para sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani”. Lantas
Rasulullah Shollallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Jika tahun hadapan (aku
masih hidup) insya Allah, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (dalam bulan
Muharram)”. (Ibnu ‘Abbas) berkata: Belum sempat tahun berikutnya tiba,
Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wa sallam wafat”. (Sahih: Riwayat Muslim)
Kisah ini membuktikan kesungguhan dan komitmen
Nabi Shollallahu ‘alaihi wa sallam
dalam menyelisihi perbuatan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Sungguhpun Nabi Shollallahu
‘alaihi wa sallam belum sempat
melaksanakan puasa pada hari kesembilan tersebut, namun penyaksian keazaman
beliau sudah cukup untuk menjadikan ia dalil pensyariatan berpuasa pada hari
tersebut.
Konklusinya:
1-
Hukum berpuasa pada Hari Asyura
adalah sunat, bukan wajib.
2-
Puasa Asyura mula disyariatkan
ketika pertama kali Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam tiba di Madinah daripada Hijrah.
3-
Sebab digalakkan berpuasa pada
Hari Asyura ialah kerana pada hari tersebut Allah azza wa jalla telah
menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Isra’il daripada musuhnya. Secara langsung
menafikan dakwaan orientalis yang mengatakan Islam menganjurkan puasa tersebut
sebagai mengikut ajaran Yahudi.
4-
Disunatkan juga berpuasa pada hari
kesembilan dan kesepuluh Muharram sebagai menyelisihi atau membezakan antara
amalan agama Islam dengan Yahudi dan Nasrani.
Wallahu A'lam
Langgan:
Catatan (Atom)