Khamis, 28 Februari 2013

SIRI 7: CINTA NABI (Sifat Zuhud)

[15]      Abdullah ibn Mas’ud pernah menceritakan, suatu ketika beliau datang bertemu Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam yang saat itu sedang berbaring di atas tikarnya dan kelihatan dibelakang badan Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam kesan (anyaman) tikar tersebut.

Ahad, 24 Februari 2013

ALTERNATIF: KENDURI ARWAH


 Agama Islam berdiri di atas paksi kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tersemat di hati dan bukan hanya mengikut logik akal dan bukti semata-mata. Setiap perkara yang dilakukan oleh umat Islam hakikatnya merupakan terjemahan daripada kefahaman mereka terhadap intipati al-Quran dan petunjuk Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam.

Jumaat, 15 Februari 2013

DOA: SECARA INDIVIDU ATAU BERJEMAAH


Ramai beranggapan bahawa doa yang dibacakan oleh para ustaz, ustazah atau tokoh-tokoh agama merupakan antara doa yang dimakbulkan oleh Allah azza wa jalla. Menjangkau lebih daripada itu, persepsi ini turut menempias golongan yang bukan pun bergelar agamawan atau yang mahir dalam bidang agama, berkemungkinan sekadar menyandang jawatan Imam di sesebuah surau atau masjid sahaja berpandukan kepada faktor umur, pengalaman dan sebagainya.

Selasa, 12 Februari 2013

SIRI 6: CINTA NABI (Merendah Diri)

[13]      Antara bentuk tawadhu’ (merendah diri) Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang dapat dilihat melalui akhlak dan sikapnya adalah ketika menunggang haiwan tunggangan. Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam tidak merasa segan dan malu untuk memboncengkan seseorang di belakangnya sekiranya keadaan memungkinkan. Namun jika keadaan sebaliknya, maka Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam akan menunggangnya secara bergantian.

Isnin, 4 Februari 2013

SIRI 2: ‘PARASIT’ IBADAH ADALAH RIYA’, UJUB DAN TAKABBUR



Pada artikel yang lepas, penulis telah membincangkan tentang parasit ibadah yang sangat merbahaya iaitu riya’. Perlu diketahui bahawa setiap amalan yang dilakukan sama ada secara zahir ataupun batin, pasti Allah azza wa jalla menilainya. Penilaian yang dilakukan juga mempunyai garis panduan yang khas, iaitu syarat penerimaan sesuatu amalan di sisi Allah azza wa jalla.

Jumaat, 1 Februari 2013

SIRI 1: ‘PARASIT’ IBADAH ADALAH RIYA’, UJUB DAN TAKABBUR



Manusia secara lahiriahnya mampu memperagakan perwatakan terpuji di hadapan teman-temannya mahupun masyarakat sekelilingnya. Ia merupakan antara anugerah Allah azza wa jalla kepada hambanya di muka bumi ini yang penuh hikmah dan maksud yang amat mendalam. Cuba anda bayangkan sekiranya Allah azza wa jalla menciptakan manusia bersama-samanya sebuah skrin di dahi yang boleh menunjukkan sesuatu yang sedang bermain di minda seseorang individu.