[13] Antara bentuk tawadhu’ (merendah diri) Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang dapat dilihat melalui
akhlak dan sikapnya adalah ketika menunggang haiwan tunggangan. Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam tidak merasa segan dan
malu untuk memboncengkan seseorang di belakangnya sekiranya keadaan memungkinkan.
Namun jika keadaan sebaliknya, maka Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam akan menunggangnya secara bergantian.
Sebagaimana Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam membonceng Usamah ibn Zayd saat menjenguk Sa’ad ibn Ubadah di perkampungan Bani al-Harith ibn al-Khazraj[1].
Sebagaimana Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam membonceng Usamah ibn Zayd saat menjenguk Sa’ad ibn Ubadah di perkampungan Bani al-Harith ibn al-Khazraj[1].
[14] Abdullah ibn Mas’ud pernah menceritakan bahawa: “Ketika
perang Badar, Abu Lubabah dan Ali ibn Abi Talib mendapat seekor haiwan
tunggangan bersama Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam. Kedua-dua
mereka saling bergiliran menunggang haiwan tersebut dengan Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam. Kemudian, mereka berkata kepada Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam: “Biarkanlah kami berdua
berjalan kaki sahaja dan kamu tunggangilah ia”. Lantas Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam menjawab:
ما أنتما بأقوى مني،
ولا أنا بأغنى عن الأجر منكما
Terjemahannya:
“Kamu
berdua tidak kuat daripadaku, dan kamu berdua tidak lebih menginginkan pahala lebih
daripadaku (keinginanku untuk memperoleh pahala daripada Allah)”[2].
Hadith
di atas menjelaskan kepada kita tentang budi pekerti Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang sangat tinggi nilainya.
Kedudukannya sebagai seorang Nabi, ketua Negara dan ketua panglima tentera
sedikit pun tidak menjadikan Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam angkuh
(ujub) dan besar diri (takabbur). Malah, Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam sentiasa
meletakkan dirinya sama taraf dengan sahabat-sahabatnya. Hal ini merupakan
salah satu metodologi dakwah Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam dalam memberi
pendidikan secara langsung yang tidak formal. Penerapan nilai melalui akhlak
dan peribadi yang unggul berupaya menjadikan orang sekeliling terpegun dan
terpesona dengannya, secara tidak langsung dapat menarik minat mereka meniru
sifat yang ada pada Nabi
Sallallahu Alayh wa
Sallam.
Sikap sebegini jarang sekali
diterapkan oleh para pemimpin masyarakat masa kini, terutamanya
menteri-menteri, ketua-ketua masyarakat, CEO syarikat, orang-orang kenamaan dan
sebagainya, termasuklah juga para lelaki yang bergelar ‘Ayah’. Majoriti
daripada mereka ini merasa kekok dengan perkara seperti ini, bahkan menganggap
sikap sebegini mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti mereka selaku orang
yang berjawatan besar dan berkedudukan tinggi. Ingatlah, setinggi mana pun orang
mengangkat kita di dunia ini, akhirnya ke tanah juga kita berada. Waktu itu,
saban hari manusia memijak-mijak jasad kita dan tiada guna harta yang dikumpulkan
serta pangkat yang dibanggakan. Hanya mengharapkan anak-anak mendoakan, itupun
sekiranya mereka ‘teringat’ untuk mendoakan. Wallahu A’lam.
[2] Diriwayatkan oleh al-Imam
Ahmad dalam Musnadnya, 6/44, 6/3, 6/29 dan 6/51. Dinilai sahih oleh Ahmad
Syakir dan Syeikh al-Albani menilai sanadnya sebagai Hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan