Isnin, 8 November 2010

KEKELIRUAN ISTILAH BAHASA YANG DIMAINKAN OLEH ORIENTALIS TERHADAP ISLAM



Pengenalan

Sesuatu perkataan lazimnya mempunyai makna yang tertentu, sama ada dilihat dari aspek bahasa mahupun istilah atau syarac. Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah menambah lagi kefahaman makna sesuatu perkataan yang dapat tafsirkan melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t melalui lidah Baginda s.a.w.

Sabtu, 6 November 2010

ADAB BERSIN DAN MENGUAP

Telah disepakati oleh para ulama’ salaf (sebelum kurun keempat) hingga kini, satu sunnah qawliah yang dianjurkan Nabi SAW yang menunjukkan kepada kesempurnaan akhlak dan ketinggian adab berkomunikasi sesama manusia. Ia merujuk kepada sunnah mendoakan orang yang bersin dan kewajipan membalas doa mereka. Malah, dilihat sunnah tersebut masih lagi dipraktikkan oleh sebahagian masyarakat Islam yang prihatin sekalipun pada kaca mata umum ia terasa janggal.