Pengenalan
Sesuatu perkataan lazimnya mempunyai makna yang tertentu, sama ada dilihat dari aspek bahasa mahupun istilah atau syarac. Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah menambah lagi kefahaman makna sesuatu perkataan yang dapat tafsirkan melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t melalui lidah Baginda s.a.w.
Dunia Islam dulu dan kini, tidak lekang dengan anasir-ansir luar yang senantiasa berusaha memecahbelahkan umat ini sehinggakan Allah s.w.t mengingatkan hambanya bahawa: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadaMu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) Katakanlah kepada mereka: sesungguhnya petujuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar) dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadaMu (tentang kebenaran) maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadaMu". (Terjemahan Surah al-Baqarah: 2:120)
Dunia Islam dulu dan kini, tidak lekang dengan anasir-ansir luar yang senantiasa berusaha memecahbelahkan umat ini sehinggakan Allah s.w.t mengingatkan hambanya bahawa: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadaMu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) Katakanlah kepada mereka: sesungguhnya petujuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar) dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadaMu (tentang kebenaran) maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadaMu". (Terjemahan Surah al-Baqarah: 2:120)
Pendokong gerakan pemesongan kefahaman Islam kini diterajui oleh kuasa-kuasa Barat yang dipelopori oleh golongan Orientalis. Sejarah telah membuktikan kewujudan golongan ini, hatta dalam karya-karya lama Islam seperti Manahil al-cIrfan oleh al-Suyuti dan Minhaj al-Sunnah oleh Ibn Taymiyyah turut menyelitkan pendapat golongan ini yang dilihat banyak memberikan impak negatif terhadap kefahaman Islam yang sebenar. Justeru, usaha membenteras gejala peperangan minda ini sudah lama digerakkan oleh para ulama Islam, dari satu generasi ke generasi yang lain sama ada bergerak secara individu mahupun jemaah. Dan usaha tersebut mula menapak dijiwa para pengkaji ilmu rentetan kejadian 11 September 2001 yang menyaksikan dunia Islam berubah sekelip mata. Islam yang pada kaca mata Barat dipandang sebagai pengganas (Terrorist) sehinggakan ia dijadikan alasan untuk mereka bertindak sesuka hati mencabuli hak-hak orang Islam seperti rampasan tanah jajahan yang dikuasai Islam. Fenomena ini benar-benar membuka mata masyarakat yang memerhati dari perspektif keadilan dan kemanusiaan. Namun dari satu aspek lain, pendekatan Orientalis ini lebih berjaya melalui 'pengaruh minda'. Ramai dalam kalangan ulama Islam yang terlepas pandang kepada isu penjajahan Istilah, kelangsungannya yang membenihkan asas kefahaman yang salah, hasilnya membuahkan sahsiah yang lebih bersifat liberal. Tidak memadai dengan itu, mereka menanamkan lagi benih kekeliruan ini dengan menonjolkan istilah baru yang seakan-akan sama dengan makna Islam yang sebenar. Sehinggalah Istilah-istilah tersebut dapat diterima dan digunapakai dalam dunia seluruhnya.
Melihat kepada peri pentingnya kajian ini digarapkan, penulis cuba membawa beberapa gambaran bentuk Istilah dan medium yang digunakan oleh Orientalis bagi mengaburi pemikiran umat Islam. Usaha-usaha orientalis ini dapat disimpulkan melalui tiga bentuk atau peringkat perlaksanaannya, iaitu:
1- Kekaburan Makna; melalui medium yang pelbagai antaranya: Perkamusan.
2- Kekaburan Istilah; tidak dapat dikesan melalui bentuk penulisan, tetapi mampu dilihat melalui penggunaan sesuatu istilah dalam bidang kehakiman, keagamaan dan sebagainya.
3- Peringkat perlaksanaan; merujuk kepada medium yang digunakan untuk menyerap kefahaman mereka.
Ketiga-tiga peringkat ini akan cuba dikupas dengan merujuk kepada contoh-contoh yang diberikan.
Pertembungan Definisi antara Barat dan Islam
Golongan Barat langsung tidak mengalami masalah untuk berusaha menukar atau memutarbelitkan makna sesuatu perkataan. Hal ini disebabkan hanya sebilangan kecil sahaja ulama Islam yang bangun untuk menentang mereka, dan usaha-usaha yang dijalankan tersebut kelihatan seperti sekadar melepaskan batuk ditangga. Sedangkan Barat sudah lama mengorak langkah jauh kehadapan meninggalkan angan-angan kosong ulama Islam dengan menyediakan dana khas bagi menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Institusi-institusi pendidikan di Britain . Langkah ini adalah salah satu usaha mereka untuk menanamkan pemikiran baru ala Barat bagi menjelaskan maksud 'Truly Moderate'. Antara rasionalnya dana ini diberikan adalah untuk membentuk seorang individu Muslim berlatar belakangkan kefahaman liberal, yang secara tidak langsung dapat menyampaikan fahaman tersebut sekembalinya ke tanah air mereka.
Terrorist
Mengikut perspektif Barat definisi 'terrorist' membawa maksud: 1/ Seseorang yang membunuh golongan yang tidak berdosa (bersalah), 2/ Seseorang yang melakukan Jihad melawan Barat dan mereka bersama dengan kumpulan Mujahidin, serta menyokong kumpulan tersebut secara terbuka, 3/ Seseorang yang berhasrat untuk melakukan Jihad di sesebuah kawasan (Kavkaz Center. 2007).
Manakala, makna terrorist dari kaca mata Islam merupakan satu usaha untuk menanamkan sifat takut dan gerun di hati musuh. Perkataan ‘Terrorist’ diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan istilah ‘الإرهاب’. Kalimah tersebut mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan, sebahagian dari kalangan sarjana lebih cenderung melihatnya dari aspek yang negatif. Namun jika dirujuk kepada makna ‘الإرهاب’ dari segi bahasa, ia menunjukkan suatu perasaan ketakutan (Mucjam Maqayis al-Lughah, 1999 (2): 401), cemas dan ketidakselesaan (Taj al-Arus, t.th (2): 538). Dalam al-Quran juga ada mengungkapkan perkataan ‘الإرهاب’, sebagai contoh pada surah al-Baqarah ayat 40:
ûÓÍ_t6»tƒ Ÿ@ƒÏäÂuŽó Î) (#rãä.øŒ$# zÓÉLyJ÷èÏR ûÓÉL©9$# àMôJyè÷Rr& ö/ä3ø‹n=tæ (#qèù÷rr&ur ü“ωökyéÎ/ Å$ré& ö
Nä.ωôgyèÎ/ }‘»ƒÎ)ur Èbqç7ydö‘$$sù ÇÍÉÈ
Terjemahannya: “Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan Segala nikmat Yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu Yang lain)”.
Al-Imam al-Qurtubi ketika mentafsirkan perkataan (وإيي فارهبون), beliau menyandarkan sifat gerun dan takut tersebut dengan ancaman yang bakal diterima oleh pelakunya. Namun begitu, menurut Dr. cAdil al-cAbd al-Jabbar (t.th: 25) dalam karyanya ‘al-Irhab fi Mizan al-Syaricah’, perkataan ‘الإرهاب’ sebagai terjemahan ‘terrorist’ adalah tidak tepat dari sudut bahasa. Beliau bersandarkan kepada hujah bahawa perkataan ‘الرهبة’ kebiasaannya digunakan untuk menggambarkan ketakutan yang secara aman tanpa ancaman, sedangkan perkataan ‘الرعب’ menggambarkan situasi cemas beserta amaran. Justeru, beliau mengesyorkan untuk menggunakan perkataan ‘الإرعاب’ sebagai gantian ‘الإرهاب’ yang mengikut pandangan beliau tidak tepat dari sudut penggunaannya dalam bahasa Arab.
2/ الإرهاب juga merujuk kepada seseorang yang menentang musuh-musuh Allah s.w.t. Dalam al-Quran pada surah al-Anfal ayat 60, Allah s.w.t menyebutkan:
Terjemahannya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
Petikan ayat ini bukan sahaja menerangkan keharusan berperang dengan musuh-musuh Allah, atau lebih dekat lagi dinamakan sebagai ‘jihad’, bahkan usaha tersebut mendapat ganjaran yang besar disisi Allah s.w.t. Melalui kajian yang dijalankan oleh cAbd al-cAzim Ibrahim (t.th: 138) tentang makna ‘jihad’ dari konteks al-Quran, beliau menegaskan bahawa antara tingkatan tertinggi dalam jihad adalah ‘القتال’[1], yang mana Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran yang besar buat mereka yang terbunuh (syahid) di medan perang. Dr. Zakir Naik[2] dalam satu syarahannya di Mumbai , India mengatakan setiap Muslim adalah terrorist. Iaitu orang Muslim harus menjadi terrorist kepada musuh[3] agar mereka merasa takut dan gentar kepada orang Muslim serta menjadi ‘terrorist’ bagi semua elemen anti-sosial. Akan tetapi, beliau menegaskan bahawa adalah menjadi kesalahan disisi Islam seseorang Muslim melakukan ‘terrorist’ kepada golongan yang tidak berdosa (Terrorisme Bukan Jihad. t.th. Video).
Daripada beberapa hujah yang diberikan, penulis simpulkan bahawa takrifan yang diberikan oleh Barat adalah tidak tepat. Bahkan boleh dikatakan ia sebahagian propaganda menjatuhkan maruah Islam. Satu aspek yang menarik perhatian penulis, mengapa masyarakat dunia kini khususnya Barat cenderung untuk melabelkan Islam sebagai terrorist, sedangkan perbuatan membunuh orang yang tidak berdosa itu sendiri pernah dilakukan oleh Hitler dan Malousi yang merupakan penganut ajaran Kristian. Kedua, merujuk kepada isu perbalahan di Palestin. Suatu ketika dahulu rakyat Yahudi pernah diusir Hitler daripada Jerman, lalu rakyat Palestin mengajak rakyat Yahudi untuk duduk aman bersama mereka. Namun selepas beberapa tahun, umat Islam yang merupakan rakyat asal Palestin pula diusir Yahudi. Persoalannya, apakah rakyat Palestin yang menentang Yahudi tersebut dianggap sebagai Terrorist, sedangkan mereka hanya ingin mempertahankan hak dan kedaulatan negara mereka. Justeru, suatu jalan penjernihan dalam isu pemahaman istilah ‘Terrorist’ perlu direncanakan.
Extremist
Mengikut perspektif Barat definisi 'extremist' terbahagi kepada 3 kategori:
1/ Seseorang yang merupakan pengganas dan berpegang teguh kepada niat mendirikan sebuah negara Islam, 2/ Seseorang yang mengamalkan ideologi Jihad al-Salaf al-Saleh, termasuk juga mereka yang melahirkan rasa cinta dan hormat kepada Syeikh Muhammad ibn cAbd al-Wahhab, 3/ seseorang yang secara terbuka menunjukkan sifat al-Wala' [4] dan al-Bara' [5], termasuk juga mereka yang suka melakukan Takfir terhadap golongan murtad dan kerajaan Islam kini (Kavkaz Center. 2007).
Dari perspektif Islam: Perkataan ‘extremist’ boleh diterjemahkan dengan ‘al-Ghuluww’. Dari segi bahasa, al-Ghuluww bermaksud melampaui kadar, batas atau had tertentu. Manakala dari segi istilah, al-Jassas (t.th (3): 281) berpendapat: sesuatu yang melampaui batas-batas kebenaran. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, disimpulkan disini definisi bagi istilah ‘extremist’:
1/ Seseorang yang melampaui batas-batas syaricah. Sebagai contoh, mendakwa diri sebagai nabi atau menghalalkan apa yang diharamkan Allah s.w.t. Golongan ini terbahagi kepada 3 peringkat:
1/ cIsyan: Meniggalkan perintah Allah s.w.t dan kepatuhan terhadap-Nya (al-Razi, 1979 (2): 92)
2/ Fusuq: Terkeluar daripada ruang ilmu pengetahuan, tabiat dan aqal (al-Manawi, 1989 (1): 557)
3/ Kufr: Tidak beriman dengan sifat wahdaniah Allah s.w.t, kenabian Muhammad s.a.w dan syaricah yang dibawanya. Disebut juga sebagai tidak mensyukuri nikmat yang diberi (al-Mucjam al-cArabiy al-Asasi: 1046). Manakala golongan ‘extremist’ yang paling teruk adalah golongan ‘Murtaddin’ yang melancarkan perang terhadap umat Islam sama ada secara langsung (pergaduhan) atau tidak langsung (bercakap). Sebagai contoh apa yang berlaku ketika zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq r.a (al-Halabiy, 1979 (3): 212).
2/ Seseorang yang melakukan Ibadah melebihi daripada apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Misalnya, sebuah peristiwa yang diceritakan dari Anas bin Malik r.a bahawa 3 orang sahabat Nabi s.a.w cuba melakukan Ibadah lebih daripada apa yang dilakukan oleh Baginda s.a.w dengan bersembahyang sepanjang malam selama-lamanya, berpuasa setiap hari tanpa berbuka dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Apabila Nabi s.a.w mendengarnya seraya baginda s.a.w bersabda:
"وَاللَّهِ إِنِّي لأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي"[6]
Maknanya: “Demi Allah, Aku lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah dibandingkan dengan kamu. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur, serta aku mengahwini wanita. Maka barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnahku, dia bukanlah dalam kalangan umatku” (al-Bukhari,1987 (5): 1949).
Berdasarkan takrifan yang diutarakan diatas, beberapa aspek dapat disimpulkan iaitu: Pandangan Barat berhubung definisi Extremist adalah tidak tepat, dan boleh dikatakan bias terhadap Islam. Perkataan Extremist tidak sepatutnya menfokuskan kepada usaha mendirikan negara Islam, mengamalkan ideologi Jihad fi sabilillah dan berpegang kepada konsep wala’ dan bara’, kerana dalam sistem demokrasi yang menjadi tunjang pentadbiran Barat, toleransi dan kebebasan beragama adalah 2 asas utama sistem tersebut (Terrorisme Bukan Jihad. t.th. Video). Justeru, apakah kesemua aspek tersebut tidak tergolong dalam aspek toleransi dan kebebasan beragama. Penulis beranggapan, penggunaan perkataan Extremist kian berleluasa, sambil membawa satu gambaran negatif terhadap Islam. Dan ia seharusnya dibendung, melalui usaha-usaha penerangan dan pemulihan pemikiran seperti yang cuba digarapkan oleh Islamic Research Foundation (IRF).
Moderate Muslim dan True Muslim
1/ Seseorang yang tidak secara terbuka menyokong 'Jihad fi Sabilillah', sama ada melalui ucapannya, penyebaran dan pengambilan berita, 2/ Seseorang yang mempunyai kepentingan untuk menyatupadukan masyarakat non-Muslim serta melahirkan rasa cinta dan taat setia, 3/ Seseorang yang menyokong ulama Muslim yang menghormati kerajaan Islam kini, 4/ Seseorang yang menekankan sifat toleransi terhadap hampir semua perkara; mereka meletakkan penekanan khas pada toleransi dengan semua agama dan rakyat mereka, dan kerajaan-kerajaan. Pada masa yang sama, mereka mempunyai unsur-unsur penafian dan permusuhan keatas golongan Mujahidin. Manakala definisi True Muslim dari kaca mata Barat adalah sama seperti Moderate Muslim, cumanya terdapat segelintir dalam kalangan orang Islam yang lebih aktif daripada tahap moderate Muslim. Pada pandangan Barat, Muslim yang sebenar adalah seperti Hamza Yusuf[7], Habib cAli al-Jifri[8], Hisham Kabbani[9], Jamal Badawi[10] dan ramai lagi (Kavkaz Center. 2007).
Democracy
Merupakan sistem politik sosial yang diasaskan oleh Barat serta merupakan sistem sekular yang terbina diatas kedaulatan bangsa. Ia berkembang melalui fahaman kapitalis yang bertunjangkan dasar memisahkan agama daripada kehidupan, iaitu "hak individu dalam memilih sistem yang dikehendakinya , dan menolak sistem yang tidak diperlukannya, serta hak pemimpin dalam melaksanakan sistem yang dipilih oleh masyarakat (Ahmad cAtiyyat. 1996: 92). Demokrasi dari konteks pembawaan pula, bermaksud mengembalikan asas dan sumber kuasa politik kepada kehendak masyarakat umum. Sementara demokrasi dari konteks sistem kehakiman, bermaksud satu sistem yang dikembalikan kepada asas dan sumber kuasa politik mengikut kehendak masyarakat umum (Ibrahim cAbd al-cAziz Syayha. T.th: 150)
Sebahagian ulama tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan-kerajaan Islam kini yang menerima dan menggunapakai sistem tersebut. Sedangkan, Allah s.w.t telah pun menyediakan satu mekanisme terbaik pada aspek pentadbiran Negara iaitu Syura[11], dan bukan sahaja Syura tersebut perlu dipraktikkan oleh umat Islam, malah ia adalah merupakan kewajipan setiap individu Muslim. Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah (1956:75) pernah menyatakan dalam karyanya ‘al-Siyasah al-Syarciyyah fi Ahwal al-Raci wa al-Raciyyah’ bahawa: “Sebagai ketua tidak terlepas daripada melaksanakan Syura, kerana Rasulullah s.a.w sendiri diarahkan Allah s.w.t supaya mengamalkannya. Justeru itu, ia menjadi satu keperluan untuk perundingan” . Dihuraikan pula oleh al-Imam al-Qurtubi (1976 (4): 249) ketika menukilkan pendapat Ibn cAtiyyah (t.th (1): 534) tentang kepentingan Syura, beliau menegaskan bahawa: “Syura merupakan teras syaricah dan menjadi salah satu kewajipan. Jika terdapat (pemimpin) yang mengenepikan perundingan dengan ulama dan cendikiawan seharusnya ia disingkirkan”.
Namun begitu, Dr. Muhammad cAmmarah (1997: 124) dalam karyanya 'Macrakat al-Mustalahat bayn al-Gharb wa al-Islam' berpendapat bahawa antara sistem Demokrasi dan Syura, seakan-akan tidak mempunyai perselisihan (perbezaan), melainkan pada permasalahan pemilikan kedaulatan. Katanya, sistem demokrasi mengamalkan kedaulatan maksimum kepada bangsa dan umat. Sedangkan dalam Syura, istilah 'al-Siyadah' merujuk kepada Allah s.w.t. sebagai pemilik tertinggi dan pencipta hukum Syaricah. Sedangkan manusia di muka bumi hanyalah sebagai khalifah. Penulis melihat, apa yang cuba diketengahkan oleh Dr.Muhammad cAmmarah adalah penggunaan Istilah Demokrasi dalam pemahaman leksikal penuturnya. Pada lahirnya Ia tampak seakan-akan tiada perbezaan, namun hakikatnya istilah Demokrasi itu sendiri membawa kepada satu bentuk pengangungan selain Allah yang merupakan ‘sayyid al-Kawn’ dan ‘sahib al-siyadah’.
Sebahagian ulama Islam pula berpendapat, sistem Demokrasi boleh dilaksanakan dengan mengambil kira konsep, cara dan bentuknya agar selari dengan syaricah. Yusuf al-Qaradawi (1993: 243) sebagai contoh mengambil pendekatan menggabungkan antara pembinaan Demokrasi dan pembentukan cara dan bentuk, dengan membandingkan antara mengamalkan Demokrasi sebagai sistem, dan perlaksanaan strategi Nabi s.a.w dengan menggali parit dalam perang 'khandaq'.Beliau juga menegaskan bahawa peniruan cara atau sistem Demokrasi "perlu bagi melaksanakan keadilan dan Syura, serta sebagai menghormati hak kemanusiaan, dan membenteras kekejaman pemimpin di muka bumi". Oleh yang demikian, seharusnya umat Islam kini sedar betapa berpengaruhnya Barat dalam usaha memesongkan aqidah umat Islam. Mungkin sebahagian ulama Islam mengambil pendekatan untuk berlapang dada menerima sistem yang dibawa Barat, sambil menggabungkannya dengan sistem Islam, sehingga wujudnya akhir-akhir ini istilah ‘Demokrasi Islam’. Namun bagi sesetengah ulama Islam tetap bertegas dengan pendirian hukum Syaricah yang tulen, tanpa ditokok tambah. Hal ini bagi mengelakkan mereka dari terjerumus ke lembah kesyirikan dengan meletakkan manusia sebagai ‘al-Siyadah’.
USAHA PENYERAPAN KEKELIRUAN ISTILAH DALAM PEMIKIRAN MASYARAKAT DUNIA
Pelbagai agenda yang terancang telah dilaksanakan Barat melalui bermacam-macam medium. Umum mengetahui kehebatan dan kemodenan mereka dalam aspek teknologi (media massa BBC, CNN, internet dsb), sedangkan dari satu sudut yang lain dunia Islam melalui zaman kemunduran dalam aspek tersebut. Namun kemunduran itu bukanlah bersifat majoriti, bahkan ramai yang sedar dan mengakui segala tindak tanduk Barat harus diteliti dengan berhati-hati. Dr. Zakir Naik (Terrorisme Bukan Jihad. t.th. Video) seringkali menegaskan dalam dialog-dialog antara agama dan symposium-simposium yang disertainya di seluruh dunia termasuk Amerika, keperluan meneliti alasan dan bukti sesuatu perkara itu berlaku sebelum memberi hukuman. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 6:
$pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qãBÏd‰s)è? tû÷üt/ Ä“y‰tƒ «!$# ¾Ï&Î!qß™u‘ur ( (#qà)¨?$#ur ©!$# 4
¨bÎ) ©!$# ìì‹Ïÿxœ ×LìÎ=tæ ÇÊÈ
Terjemahannya: “Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”.
Oleh itu, penulis merasakan kepentingan mengetengahkan beberapa contoh medium kini yang berjaya sedikit sebanyak memesongkan pemikiran umat Islam khasnya dan masyarakat dunia amnya.
PERTAMA: Pendefinisian perkataan Arab dalam Kamus Arab al-Munjid[12]
Kamus ini tidaklah boleh dijadikan sebagai rujukan utama dalam pengajian ilmu bahasa Arab dan khususnya bagi pengajian Islam. Amat dangkal pula jika dikatakan ia tidak mempunyai sesuatu impak terhadap dakwah Islamiah. Hal ini berikutan, betapa ramai dalam kalangan sarjana-sarjana Islam yang mengendongnya ke pusat-pusat dan institusi-institusi pengajian bagi ditelaah sebagai rujukan. Jika hakikatnya begitu, maka peranan kamus al-Munjid tersebut amatlah besar dalam pengajian bahasa Arab dan pengajian Islam di dunia ini. Namun, dalam artikel ini, penulis akan cuba menyingkap serba ringkas kepesongan dan kecelaruan penulisnya dalam usaha beliau menyerap kefahaman Kristian (Kristianisasi) berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan antaranya: al-Nuzcah al-Nasraniyyah fi Qamus al-Munjid oleh Dr. Ibrahim cIwad dan cAtharat al-Mujid fi al-Adab wa al-cUlum wa al-Aclam oleh Ibrahim al-Qattan. Rumusan daripada hujah yang dinyatakan, penulis membahagikan kepada 4 aspek:
1/ Kecenderungan dalam memberikan definisi mengikut perspektif Kristian, tanpa berusaha mendatangkan definisinya dari kaca mata Islam; Sebagai contoh, perkataan ‘al-Siyam’ diertikan sebagai menahan daripada makan dan minum dalam jangka waktu yang sedia maklum. Definisi yang diberikan adalah kurang tepat, kerana ‘al-Siyam’ dalam Islam bukan sahaja menahan makan dan minum, bahkan Islam melarang hubungan kelamin ketika berpuasa. Dalam masa yang sama, disebutkan definisi ‘al-Siyam’ menurut Kristian iaitu: menahan makan daripada separuh malam hingga ke waktu tengahari, sedangkan definisinya dari perspektif Islam tidak dinyatakan (Louis Makhluf, 1992 (2): 441). Pada perkataan ‘al-Ghasl’ pula, jelas menunjukkan kecetekan pengetahuan penulisnya tentang definisi dari perspektif Islam. Hanya dinyatakan makna dari segi bahasa, sedangkan dalam istilah fiqah syaricah Islam, ia mewakili mandi jenazah, mandi sunat Jumaat, dan mandi dua Hari Raya. Begitu juga halnya, pada perkataan al-Janabah dengan menganggap ia sebagai najis (Ibid, 1992 (2) 103), sedangkan dalam Islam air mani itu yang najis, manakala mereka yang berjanabah tidak dikira sebagai najis.
2/ Mengemuka definisi yang bertentangan dengan makna sebenar Islam; sebagai contoh, perkataan ‘Khinzir al-Barr’ (babi darat) yang disifatkan dagingnya sedap untuk dimakan (Ibid, 1992 (2): 197), seakan-akan penulisnya pernah merasai nikmat daging tersebut. Pada perkataan ‘al-Khamr’ (arak) pula, dinyatakan butirannya secara terperinci sehingga menyifatkan arak ‘Champagne ’ buatan Perancis adalah arak yang paling bermutu (Ibid, 1992 (3): 400).
3/ Mengutamakan definisi, istilah dan peribadi yang berkaitan dengan Kristian, kemudian diterangkan pula maknanya dalam Islam dan sebagainya; sebagai contoh: istilah ‘Basmalah’ dinyatakan dahulu maknanya dari kaca mata Kristian iaitu: ‘Bism al-Ab wa al-Ibn wa Ruh al-Quds’. Begitu juga istilah ‘Ruh al-Quds’ dalam Kristian, kemudian dinyatakan makna ‘Ruh al-Quds’ dalam Islam (Ibid, 1992 (3): 612). Sementara kerap menyelitkan peribadi-peribadi sarjana Kristian (seperti Patrick, Bishop, Samuel, Samson, dalila dsb) ketika memberi tamsilan serta begitu menjaga dalam menulis biografi-biografi mereka (Ibid, 1992 (3): 267).
4/ Kebanyakan istilah-istilah Kristian yang dikemukakan adalah perkataan Asing (الدخيلة)[13] dalam bahasa Arab; antaranya seperti ( الأبـــاتي ) yang bermaksud ketua umum dalam beberapa perjumpaan paderi-paderi (Ibid, 1992 (1): 1). Perkataan ( المزكا ) pula, merujuk kepada bahasa Syria , yang merupakan nama sejenis arak dan air yang digunakan dalam upacara penyucian (Ibid, 1992 (3): 759).
Justeru, daripada hujah-hujah yang diberikan dapat dirumuskan bahawa kamus al-Munjid ini merupakan salah satu usaha Orientalis Barat dalam mengelirukan umat Islam khasnya dari konteks penggunaan dan makna. Ia bukanlah satu rujukan yang terbaik dalam mencari definisi Arab yang tepat, bahkan umat Islam kini perlu memikirkan untuk mewujudkan kamus al-Munjid ala-Islam.
KEDUA: Penggunaan Istilah Khas bagi sesuatu gagasan dalam bidang hiburan, perundangan, peperangan dan kehidupan
Usaha ini merupakan suatu bentuk penjajahan kefahaman asli bagi sesuatu istilah. Para orientalis Barat apabila melihat sesuatu isu dibangkitkan dalam masyarakat yang mempunyai kaitan dengan Islam, maka mereka akan sedaya upaya untuk mencipta satu Istilah bagi melabelkan usaha tersebut. Dan label itu bukan hanya sekadar label, bahkan ia adalah merupakan motto bagi usaha tersebut. Sebagai contoh, rancangan hiburan Malaysian Idol[14]. Apa yang cuba dipaparkan daripada rancangan realiti televisyen ini hanyalah untuk melahirkan seorang penyanyi muda terbaik di Malaysia . Namun apa yang menyedihkan, ramai dalam kalangan remaja yang hanya mengetahui tujuan zahir, sedangkan dari satu aspek mereka lupa dan alpa, bahkan kurang peka terhadap unsur-unsur serapan pendirian dan pegangan agama. Malaysian Idol adalah nama rancangan tersebut, namun tiada siapa yang mampu atau mahu mengupas apakah yang dimaksudkan dengan definisi istilah tersebut, bahkan ada pula yang mentafsirkan Idol sebagai idola.
Sehubungan itu, penulis akan cuba mengupaskan isu ini berdasarkan penilitian terhadap aspek bahasa, makna dan pendirian. Pertama, istilah tersebut merupakan kutipan daripada bahasa Inggeris dan bukannya istilah bahasa Malaysia . Sedangkan masyarakat sedia maklum, rancangan tersebut diadakan di Malaysia . Maka sedikit sebanyak rancangan tersebut mendorong para peserta serta penonton mengikut cara, adab dan tingkah laku Barat. Daripada cAbdullah ibn cUmar r.a tentang Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”[15] (Abu Daud, t.th (4): 44).
Kedua, dari perspektif bahasa dan istilah Idol dalam bahasa Inggeris merujuk kepada berhala, orang atau benda yang terlampau disanjung (Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, 1991: 164). Dalam amalan agama Kristian Patung atau Berhala akan dipuja, dan ia dinamakan sebagai ‘Idol’. Begitu juga amalan mengelilingi patung (idol) dengan nyalaan lilin. Justeru, adakah kefahaman tentang perkara ini pernah ditonjolkan umum sebagai usaha membenteras penjajahan minda Barat. Istilah Malaysian Idol boleh dianggap sebagai satu bentuk pensyirikan terhadap Allah s.w.t. Antara lain kerana sebagai umat Islam, Allah s.w.t sahaja yang layak dipuja bahkan disembah dan disanjung setinggi-tingginya. Sekalipun mereka tidak melakukan suatu bentuk pemujaan secara lahirnya, namun pada hakikatnya unsur-unsur pemujaan itu berjaya diserap melalui pengaruh minda. Sekaligus artis yang berjaya dalam program tersebut diangkat sebagai Idol, iaitu patung yang terlampau disanjung.
Antara istilah-istilah lain yang merupakan titik tolak daripada usaha sebegini, ialah: 1/ ‘Candle light’ yang dilabelkan kepada peperangan di Palestin, dalam usaha menyalakan lilin di bumi Palestin dan seterusnya menjadikan Palestin tempat peribadatan mereka. 2/ ‘Terrorist’ iaitu berdasarkan takrifan yang dinyatakan sebelum ini, para orientlis Barat menjadikannya sebagai satu definisi antarabangsa yang digunapakai dalam simtem kehakiman antarabangsa. Maka, setiap serangan yang dilancarkan Barat (sebagai contoh, Amerika ke atas Iraq ) tidak dapat dipersalahkan oleh Jawatankuasa Kehakiman Antarabangsa di PBB, kerana mereka menggunakan alasan menyerang Terrorism dan bukannya memerangi Islam. 3/ ‘Ablutions’ yang diertikan dalam bahasa Malaysia sebagai penyucian atau wuduk. Sedangkan istilah Wudu’ dalam Islam tidak membawa definisi yang sama dengan Ablutions atau penyucian Kristian. Justeru setiap perkataan agama Islam khususnya, perlu dikekalkan istilahnya tanpa terjemahan, seperti Salat – Pray.
KESIMPULAN
Bahasa memainkan peranan penting dalam sesuatu institusi keagamaan. Ia telah dibuktikan dengan turunnya al-Quran yang Mucjiz (melemahkan) yang tiada tandingan dari pelbagai aspek. Dan sebagai umat islam, kita yakin dan percaya pada kebenaran janji Allah s.w.t dalam firmanNya: “Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya” (surah al-Hijr: 15 :9). Justeru, penulisan ini antara lain sebagai satu usaha mempertahankan agama Allah s.w.t daripada segala bentuk kecelaruan dari konteks bahasa yang dimainkan oleh para orientalis Barat secara telus dan halus. Kedatangan Islam banyak memberi kesan terhadap perubahan makna sesuatu perkataan Arab, sehinggalah ia bertukar menjadi satu Istilah khas bagi agama Islam. Justeru, segala usaha dalam apa jua bentuk bagi memutarbelitkan pengertian Istilah-istilah tersebut, harus dibendung. Moga penulisan ini, mampu menghasilkan secebis tinta buat penyedaran umat Islam khasnya dan masyarakat amnya tentang gambaran peperangan minda dan ideologi yang di bawa oleh para orientalis Barat.
RUJUKAN
al-Quran riwayat Hafs daripada cAsim
cAbd al-cAzim Ibrahim. T.th. Dirasah Jadidah fi Icjaz al-Qur’an. Mekah: Maktabah Wahbah
Abu Daud, Sulayman bin al-Ashcath al-Sijistani al-Azdi. t.th. Sunan Abu Daud. Dar al-Fikr
cAdil al-cAbd al-Jabbar. t.th. al-Irhab fi Mizan al-Syaricah. Arab Saudi: Riyad
Ahmad cAtiyyat. 1996. al-Tariq: Dirasah Fikriyyah fi Kayfiyat al-cAmal li Taghyir waqic al-Ummah wa inhadiha.
al-Bukhari, Muhammad bin Ismacil Abu cAbdullah. 1987. Al-Jamic al-Sahih al-Mukhtasar. Beirut : Dar Ibn Kathir
al-Halabiyy, cAli bin Burhanuddin. Al-Sirah al-Halabiyyah fi Sirat al-Amin al-Ma’mun. Beirut : Dar al-Macrifah
Ibn cAtiyyah, Abu Muhammad cAbd al-Haq bin Ghalib al-Andalusi. 1993. Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-cAziz. Cetakan Pertama. Lubnan: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah
Ibn Faris, Abu al-Husayn Ahmad ibn Faris ibn Zakariya. 1999. Mucjam Maqayis al-Lughah. Cetakan Kedua. Beirut : Dar al-Jayl
Ibn Taymiyyah. 1956. al-Siyasah al-Syarciyyah fi Ahwal al-Raci wa al-Raciyyah.
Ibrahim cAbd al-cAziz Syayha. T.th. Mabadi' al-Anzimah al-Siyasiyyah, al-Duwal wa al-Hukumat. Beirut : al-Dar al-Jamiciyyah li al-Tibacah wa al-Nashr.
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. 1991. Shah Alam: Fajar Bakti.
Louis Makhluf. 1992. al-Munjid fi al-Lughah wa al-Aclam. Cetakan ke-33. Beirut : Dar al-Masyriq.
al-Manawi, Muhammad cAbd al-Ra’uf. 1989. Al-Tawqif cala Muhimmat al-Tacarif. Cetakan Pertama. Beirut : Dar al-Fikr al-Mucasir
Muhammad cAmmarah. 1997. Macrakat al-Mustalahat bayn al-Gharb wa al-Islam. Kaherah: Dar Nahdah Misr li al-Tibacah wa al-Nashr wa al-Tawzic
al-Munazzamah al-cArabiyyah li al-Tarbiyah wa al-Thaqafah wa al-cUlum. T.th. al-Mucjam al-cArabiy al-Asasi. Larouse.
al-Qurtubi, Abu cAbdillah Muhammad bin Ahmad al-Ansari. T.th. al-Jamic li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Shacb
al-Razi, Muhammad Bin cUmar Bin Husayn. 1979. Al-Mahsul fi cIlm al-Usul.Cetakan Pertama. Riyad: Jamiat al-Imam Muhammad Bin Sacud al-Islamiyyah
Terrorisme Bukan Jihad. T.th. Video. An Islamic Research Foundation Production.
Yusuf al-Qaradawi. 1993. Min Hady al-Islam wa Fatawa Mucasirah. Mansurah: Dar al-Wafa'.
al-Zubaydi, Muhammad Murtada. t.th. Taj al-cArus Min Jawahir al-Qamus.
Dar al-Hidayah
[1] al-Qital dari segi bahasa membunuh, membazir, belajar sepenuhnya (al-Mucjam al-cArabiy al-Asasi,t.th: 967), dari segi istilah pula: peperangan yang memerlukan senjata, tingkatan tertinggi dalam jihad (dengan maksud berdakwah), menunjukkan jaminan kesejahteraan, mendapat ganjaran yang besar disisi Allah, dilakukan hanya untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t dan mendapatkan keamanan sejagat (cAbd al-cAziz Ibrahim, t.th: 141).
[2] Dr. Zakir cAbd al-Karim Naik dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai ,India . Merupakan Presiden Islamic Research Foundation, Mumbai (IRF), dan Pengerusi I.R.F. Educational Trust, Mumbai. Seorang doktor perubatan dan pemidato antarabangsa mengenai Islam dan Perbandingan Agama. Beliau juga pernah mendapat pengiktirafat daripada Syaykh Ahmad Deedat dengan menggelarkannya ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.
[3] Yang dimaksudkan beliau adalah Jihad, iaitu melawan keinginan yang jahat, datangnya dari diri sendiri, berjuang memperbaiki masyarakat dan berjuang melawan penindasan. Pada pandangannya, Jihad bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam, malah non-Muslim juga berhak melakukan Jihad berdasarkan ayat 76 dalam surah al-Nisa’, maksudnya:.”Orang-orang Yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang Yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. Jihad mempunyai garis panduan dan etika, kebanyakan orang beranggapan setiap Muslim yang berperang dikira sebagai jihad. Namun hakikatnya sekiranya peperangan yang dilakukan oleh Muslim tersebut tidak mengikuti batas dan etika (dilarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dsb), maka ia bukanlah dikira sebagai Jihad, bahkan istilah yang paling tepat adalah ‘terrorist’.
[4] al-Wala' dari segi bahasa: merapatkan (Tahzib al-Lughah oleh al-Azhari (15): 447), dari segi syarac pula: kecintaan dan kesetiaan kepada Allah s.w.t, Rasul-Nya s.a.w, agama Islam dan pengikut-pengikutnya dari kalangan orang Muslimin.
[5] al-Bara' dari segi bahasa: menegah dan menjauhkan (Tahzib al-Lughah oleh al-Azhari (15): 269), dari segi syarac pula: kebencian terhadap taghut yang disembah selain Allah s.w.t (seperti patung dsb), serta kebencian terhadap kekufuran dan golongan yang mengikuti mereka.
Kesimpulannya, istilah al-Wala' wa al-Bara' bererti mendukung kesetiaan terhadap kepimpinan, dan membenci serta memerangi perbalahan. Ia merujuk kepada aspek dalaman, iaitu hati yang sentiasa mengharapkan kemenangan buat Islam dan umatnya, sambil berharap golongan Kafir kecundang di muka bumi ini (Hatim cArif, al-Wala' wa al-Bara' Bayn al-Samahah wa al-Ghuluww, t.th: 4-7).
[6] Hadith Sahih: dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Nikah dalam bab al-Targhib fi al-Nikah, no.4776, Muslim dalam sahihnya, Kitab al-Nikah dalam bab Istihbab al-Nikah, no.1401, Ahmad dalam Musnadnya, no.14077.
[7] Hamza Yusuf atau nama asal beliau Mark Hanson dilahirkan di Walla Walla , Washington dan telah dibesarkan di Northern California sebagai rakyat Yunani berketurunan Ortodoks. Merupakan anak kepada ahli akademik Amerika Syarikat (US) yang juga merupakan veteran Perang Dunia Kedua. Memeluk Islam pada tahun 1977 ketika berumur 17 tahun di Santa Barbara , California . Beliau pernah bersemuka dengan Presiden Amerika George W Bush tidak lama selepas peristiwa 11 September 2001. Beliau juga turut menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, serta mengutuk sekeras-kersnya keganasan dan ekstremis, sambil menyarankan dan mempromosikan kerjasama dan pendidikan.
[8] cAli Zayn al-Abidin Abdul Rahman al-Jifri. Dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada hari Jumaat 16 April 1971M. Nasabnya bersambung hingga ke Rasulullah s.a.w melalui keluarga Hussein, anak kepada cAli Abi Talib r.a.
[9] Muhammad Hisham Kabbani dilahirkan di Lubnan pada 28 Januari 1945 bersamaan 13 Safar 1364H. Beliau merupakan pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika (ISCA) ‘Islamic Supreme Council Of America’ dan Islam Sufi, yang dikatakan dibiayai oleh zionis untuk menghancurkan perpaduan umat Islam Amerika. Hisham Kabbani juga menyokong serangan-serangan yang mendadak tentera Amerika di Bosnia, Kosovo, Afghanistan, Iraq, peribuminya Lubnan, dan Somalia, serta menyokong inisiatif perdamaian di Timur Tengah, Bosnia, Kashmir, Afghanistan dan Kosovo. Perkahwinannya dengan Hajjah Naziha Adil, iaitu anak perempuan Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani telah dikurniakan empat cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan (http://en.wikipedia.org/wiki/Hisham Kabbani)
[10] Jamal Badwi dilahirkan di Mesir. Merupakan seorang profesor Islam Kanada di Saint Mary University di Halifax , Nova Scotia . Beliau seorang penulis terkenal, aktivis, pendakwah dan penutur mengenai Islam dan umat Islam. Beliau menyelesaikan kajian mahasiswanya di Kaherah, Mesir serta menyempurnakan Masters dan Ph.D di Indiana University di Bloomington, In (http://en.wikipedia.org/wiki/Jamal_Badawi)
[11] Perkataan Syura adalah kata nama dari perkataan “Musyawaratun” atau “Tasyawurun” bererti mengutarakan pendapat (Majmac al-Lughah al-cArabiah, 1970(2):40). Manakala perkataan “Syawaratun”, “Musyawaratun” dan “Istisyaruhu” membawa pengertian yang sama iaitu berbincang atau bertukar fikiran untuk mengetahui pendapatnya (Louis Macluf, 1986: 407). Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pengertian syura. Dari segi teknikalnya Abu Ali al-Tabarsi mengatakan syura adalah perbincangan untuk mendapatkan kebenaran (Abu Ali Amin al-Din, 1883(9):33). al-Asfahani menyatakan syura ialah merumuskan pendapat melalui perbincangan (al-Alusi, 1924 (25):42). Ibn al-cArabi (t.th (1):297) mendefinisikan syura adalah permusyawaratan untuk mencari pendapat atau nasihat dalam mencari kepastian.
Dr Muhammad cAmmarah (1997:120) telah membahagikan syura kepada dua peringkat. Pertamanya, peringkat perundangan yang tidak boleh digubal sepertimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang merupakan syariat Allah s.w.t. Manakala peringkat syura yang kedua adalah perundangan yang mampu digubal oleh manusia yang tergolong dalam urusan kehidupan mereka seperti dalam urusan peperangan bagi merencana strategi dan perlantikan ketua.
[12] Al-Munjid fi al-Lughah wa al-Aclam: oleh Panderi Father Louis Makhluf pada tahun 1908. Hanya menumpukan kepada aspek bahasa. Kemudian pada tahun 1956, Father Fernand Tuttle telah menambah bahagian biografi para sarjana.
[13] al-Dakhil dari segi bahasa: 1/ Seseorang yang hidup dalam sesuatu bangsa asing lalu dinisbahkan dia dengan bangsa tersebut, 2/ Setiap perkataan asing yang masuk kedalam bahasa Arab, 3/Warga asing yang menduduki negara orang untuk menjajah (al-Mucjam al-Wasit, 1989: 275). Dari segi Istilah pula: (disebutkan juga al-Mucrrab) sesuatu perkataan baru yang digunakan oleh orang Arab bagi memberi makna sesuatu yang bukan dari bahasa mereka (al-Suyuti, al-Muzhir fi cUlum al-Lughah wa Anwaciha, t.th: 268). Disimpulkan bahawa al-Dakhil adalah perkataan asing yang diserap kedalam bahasa Arab tanpa melalui proses ‘Tacrib’, sama ada yang digunakan pada zaman Jahiliyyah, Islam mahupun zaman selepas itu yang digelar ‘Muwalladun’.
[14] Malaysian Idol adalah rancangan realiti TV versi Malaysia Idol Series yang diadaptasi daripada United Kingdom (UK) melalui pertandingan seperti UK Idol Pop dan Amerika Idol.
[15] Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Bab Fi Lubs al-Syuhrah, no.4031. Hadith ini menurut Syaykh Nasir al-Din al-Albani nilaiannya Hassan Sahih. Dalam riwayat yang lain pula, banyak dinyatakan dalam Musnad Ahmad, namun kesemuanya dinilai oleh Syaykh Syucayb al-Arna’ut sebagai Dhaif pada sanad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan