Isnin, 28 Januari 2013

KEKUATAN AQIDAH MELAHIRKAN KEPERKASAAN SAHSIAH



Permasalahan keruntuhan akhlak dan isu gejala sosial semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat kini. Suatu fenomena negatif yang kian meruncing dan seakan-akan dilihat tiada menuju titik noktah. Jika ditinjau, masyarakat Melayu di Malaysia majoritinya beragama Islam dan secara asasnya juga bangsa Melayu itu sendiri mempunyai budaya asli yang sangat harmoni dan luhur. Oleh sebab itu, mengikut sejarahnya bangsa Melayu dilihat mudah menerima pembawaan agama Islam lantaran persamaan beberapa elemen budaya yang diterapkan.

Khamis, 24 Januari 2013

SIRI 5: CINTA NABI (Sifat Merendah Diri)

Tawadhu’ terhadap Rabbnya (Allah azza wa jalla)

[10]      Abu Sa’id al-Khudri pernah berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam sujud di atas tanah yang basah (lembab) sehingga aku melihat bekas tanah yang basah tersebut berbaki di kening beliau –Sallallahu Alayh wa Sallam-”.

Isnin, 21 Januari 2013

PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN YANG DIRAHMATI




Kucing merupakan antara makhluk Allah azza wa jalla yang sangat diminati oleh masyarakat kita untuk dijadikan haiwan peliharaan. Malah lebih daripada itu, sebahagian kita sangat menyukainya dan menganggap ia sebagai teman kesayangan dan rakan untuk melepaskan ‘tension’.

Selasa, 15 Januari 2013

BERDAKWAH MELALUI AKHLAK MULIA



Ramai dalam kalangan kita menyangka bahawa urusan berdakwah memerlukan ilmu agama yang luas dan amal ibadah yang hebat. Lantaran itu, usaha berdakwah ini dilihat merupakan antara skop kerja para ustaz, ustazah dan agamawan sahaja. Persepsi sebegini seharusnya diubah dengan memberikan kefahaman yang sahih melalui penerangan menyeluruh mengenai konsep dakwah yang sebenar.

Isnin, 7 Januari 2013

SIRI 4: CINTA NABI (Sifat Merendah Diri)


[7]         Anas ibn Malik -anak Umm Sulaym- pernah menceritakan bahawa: “Seorang lelaki datang menemui Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam seraya berkata: Ya Khayr al-Bariyyah (wahai manusia terbaik!). (Maka) Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam bersabda: Zaka Ibrahim! (Gelaran itu merujuk kepada Ibrahim)[1].

Jumaat, 4 Januari 2013

CINTAILAH NABI DENGAN ILMU


  
Bulan Rabi’ al-Awwal merupakan bulan kelahiran Nabi kita iaitu Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam. Setiap kali menjelang tibanya, pasti umat Islam akan disajikan dengan pelbagai bentuk program yang diatur oleh pihak jawatankuasa masjid mahupun organisasi – organisasi tertentu. Penglibatan panel penceramah yang terkenal dan mempunyai ‘daya penarik’ menghiasi pentas-pentas bicara yang membahaskan tentang topik ‘Maulid al-Rasul’ turut memberangsangkan kehadiran jemaah.