Jumaat, 11 September 2015

Afiq Hilaliah Homestay Jengka Pahang


Afiq Hilaliah Homestay terletak di Taman Permatang Shahbandar 2, Bandar Jengka,Pahang.

Kami menyediakan perkhidmatan homestay/guest house untuk kemudahan penginapan orang ramai. Kemudahan yang disediakan seperti berikut :

- 3 Bilik Tidur
- 2 Bilik Air
- Kelengkapan asas tidur dan mandi
- TV
- Astro
- Dapur gas
- Kelengkapan asas memasak
- Peti Ais
- Mesin basuh

Sangat sesuai untuk penginapan keluarga, rombongan perkahwinan dan lain-lain aktiviti.

Lokasi : 
- Bandar ( 3 minit )
- UITM Jengka ( 2 minit )
- Hospital ( 2 minit )
- Kolej Matrikulasi Teknikal ( 5 minit )

Hubungi (Call / WhatsApp): 
013-6414280 ( Pn. Ila ) / 013-2034663 ( En. Afiq )

Waktu Masuk : 2.00 p.m.
Waktu Keluar : 12.30 tengah hari

Harga: RM150 ( Ahad - Khamis )
RM165 ( Jumaat & Sabtu)

Sila layari fb kami dengan carian: Afiq Hilaliah Homestay

"Selesa & Nyaman, Nilai Berpatutan"


Jumaat, 24 Januari 2014

SIRI I : REFLEKSI SOLAT JUMAAT


Hari Jumaat turut dikenali sebagai Sayyid al-Ayyam (penghulu segala hari)[1] lantaran beberapa peristiwa yang telah terjadi, seperti penciptaan dan kewafatan Nabi Adam Alayhissalam, dan juga peristiwa yang dijanjikan bakal berlaku pada hari tersebut seperti kejadian Hari Kiamat. Hari Jumaat juga dikhususkan Allah azza wa jalla buat umat Islam, sebagai menyelisihi kemuliaan hari Sabtu bagi kaum Yahudi dan Ahad bagi Nasrani (Kristian)[2].

Rabu, 1 Januari 2014

MAKANAN SUNNAH: MADU [AL-SHIFA'-SAUDI]



Madu lebah merupakan salah satu makanan yang disebutkan Allah azza wa jalla dalam al-Quran, bahkan mendapat pengiktirafanNya sebagai syifa’ (penyembuh) bagi manusia.

Ahad, 6 Oktober 2013

SIRI 4 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam)


Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelumnya yang berjudul SIRI I, SIRI II & SIRI III: MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam).

Umrah Keempat: Umrah dalam Haji (Hajjat al-Wada’).

Perjalanan umrah ini berlangsung lima hari sebelum berakhirnya bulan Zulkaedah tahun ke-10 Hijrah, rentetan keinginan yang mendalam Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam untuk mengerjakan Haji pada tahun tersebut, selepas terlepas melaksanakannya pada hari penaklukan Mekah yang lalu. Pada tahun 8 Hijrah tersebut, umat Islam telah menunaikan Haji bersama-sama kaum Musyrikin Mekah. Manakala pada tahun berikutnya, Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam memerintahkan Abu Bakr al-Siddiq menjadi Amir (ketua) kepada umat Islam dan mereka memulakan perjalanan dari Madinah ke Mekah pada bulan Zulhijjah[1].

Jumaat, 20 September 2013

SIRI 3 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam)


Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelumnya yang berjudul SIRI I dan SIRI II: MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam)



Umrah Ketiga: Umrah Ji’ranah atau Ji’irranah[1].

Perjalanan umrah ini berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun ke-8 Hijrah, rentetan daripada peristiwa penaklukan kota Mekah pada tanggal 19 Ramadhan yang membawa kepada tercetusnya api peperangan Hunayn pada tanggal 10 Syawal.