Palestin mencatatkan pelbagai peristiwa penting dalam
sejarah penurunan agama ‘Samawi’ kerana padanya diturunkan risalah-risalah kenabian,
perutusan para Rasul, tempat hijrah para Nabi, laluan Isra’ dan Mi’raj Rasulullah
Sollallahu ‘alayhi wa Sallam dan merupkakan kiblat pertama umat Islam.
Malah bumi Palestin juga merupakan tempat pembinasaan al-Masih ad-Dajjal di tangan
al-Masih Isa Alayhissalam.
Oleh sebab itu, bumi Palestin atau kota al-Quds ini diiktiraf Allah azza wa jalla sebagai bumi bertuah lagi diberkati, sepertimana yang digambarkan oleh al-Qur’an dalam surah al-Isra’ ayat 1:
Oleh sebab itu, bumi Palestin atau kota al-Quds ini diiktiraf Allah azza wa jalla sebagai bumi bertuah lagi diberkati, sepertimana yang digambarkan oleh al-Qur’an dalam surah al-Isra’ ayat 1:
Terjemahannya: “Maha suci Allah yang
telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di
Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”.
Begitu juga dalam surah as-Saba’ ayat 18:
Terjemahannya: “Dan -di antara
tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) Dengan bandar-bandar (di daerah negeri
Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran),-Kami
adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang
melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang
dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka):
"Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka,
malam dan siang,dalam keadaan yang aman".
Sungguhpun begitu, Palestin kini
telah dirampas dengan kejamnya oleh tentera Yahudi Zionis iaitu bangsa terburuk
yang mendiami muka bumi ini. Beberapa nas menunjukkan bahawa di bumi Palestin
inilah mereka akan ditewaskan oleh sekelompok orang Islam yang digelar ‘at-To’ifah
al-Mansurah’ dan kerja-kerja penggalian lubang di bawah Masjid al-Aqsa yang
sedang diusahakan oleh orang-orang Yahudi ketika ini, hakikatnya merupakan
penggalian kubur bagi kematian mereka sendiri.
Sejarah juga mencatatkan kezaliman
dan kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi terhadap bumi Palestin. Tindakan terus
menerus yang mereka lakukan seperti membunuh kaum wanita, orang tua, anak-anak
kecil yang masih mentah dan lemah. Di samping mereka turut membakar tempat Isra’
Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wa Sallam serta melakukan
penghinaan terhadap al-Quran. Belum lagi dikira keburukan mereka dalam
menyebarkan berita palsu, mempromosi produk kemaksiatan, pertumpahan darah, penyiksaan
tidak berperikemanusiaan serta pelanggaran perjanjian yang mereka warisi sejak
berkurun lamanya. Oleh sebab itu, Allah azza wa jalla menggambarkan kepada
orang Islam tentang kejelekan bangsa Yahudi dan kesudahan nasib mereka melalui
firmannya dalam surah al-Isra’ ayat 4-8:
Terjemahannya:“Dan Kami
menyatakan kepada Bani Israil Dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan
melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan
berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji
(membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama daripada dua (kederhakaan) itu,
Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas
serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan
membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap
berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu
kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya
harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai
pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu
lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya
yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. oleh itu, apabila sampai masa janji
(membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu)
untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk
memasuki Masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang
pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, Dengan
sehancur-hancurnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan Mengasihani kamu (kalau kamu
bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali
(menyeksa kamu di dunia); dan Kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang
kafir (pada hari Akhirat)”.
Begitulah kisah yang diceritakan Allah
mengenai peristiwa yang telah dan akan berlaku di al-Quds. Ketika ini, Yahudi
sedang menguasai bumi al-Quds dengan cara yang kejam dan membentuk negara yang
mereka idam-idamkan buat kali yang kedua hasil serangan yang mencetus konflik
pada tahun 1967, rentetan daripada serangan yang mereka lakukan pada tahun
1948. Kini mereka memasuki fasa yang kedua sepertimana yang disebutkan al-Quran
setelah pengusiran mereka kali pertama dari bumi al-Quds secara besar-besaran yang
pernah mereka alami pada era Kerajaan Byzantin Hercules (Bebiliyon) sekitar
tahun 628 masehi.
Sungguhpun begitu, orang Islam pasti
akan kembali menguasai al-Quds sebagaimana al-Salaf al-Solih menguasainya buat
kali pertama berpandukan kepada kehancuran kedua Yahudi yang telah dijanjikan
oleh Allah azza wa jalla. Kehancuran dan kebinasaan Yahudi pernah diceritakan
oleh Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wa Sallam, sepertimana dalam hadith
Abu Hurairah:
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون
اليهود . فيقتلهم المسلمون . حتى يختبئ اليهود من وراء الحجر والشجر . فيقول الحجر
أو الشجر : يا مسلم ! يا عبدالله ! هذا يهودي خلفي . فتعال فاقتله . إلا الغرقد . فإنه
من شجر اليهود
Terjemahannya:
“Tidak akan tiba hari kiamat sehingga kaum muslimin berperang melawan Yahudi.
Sehinggkan apabila orang Yahudi bersembunyi di balik pepohonan atau bebatuan,
maka pohon dan batu itu akan berseru, ‘wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini
orang Yahudi ada bersembunyi di balikku, kemarilah dan bunuhlah ia.’ Kecuali
pohon Ghorqod, karena ia adalah pohon Yahudi”[1].
Hadith tersebut menceritakan tentang
gambaran sebelum berlakunya hari Kiamat bahawa orang Muslim dan orang Yahudi
akan mengalami peperangan yang besar. Dalam peperangan tersebut, orang Yahudi
akan ditewaskan oleh orang Muslim di bumi Palestin. Di situ jugalah berlakunya
peristiwa persembunyian orang-orang Yahudi di balik pokok dan batuan yang mampu
berbicara kepada tentera Islam mengenai keberadaan mereka. Melainkan pokok Gharqad sahaja yang tidak akan berbicara sekiranya orang Yahudi berselindung disebaliknya kerana ia adalah pokok bagi orang Yahudi. Namun begitu, ia sedikit pun tidak merencatkan perjuangan Islam berikutan hal ini kesemuanya
membuktikan bahawa kemenangan akhirnya akan berpihak kepada orang Muslim dan
kehinaan akan jatuh ke tangan bangsa Yahudi di bumi Palestin. Justeru,
sama-samalah kita mendoakan kemenangan umat Islam di Palestin dan menyumbangkan
apa jua jenis bantuan kepada mereka mengikut kemampuan kita sebagai tanda
kebersamaan kita dalam memperjuangkan al-Quds. Wallahu A’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan