[17] Urwah
bin al-Zubayr menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Abdullah bin
Amr tentang perbuatan yang paling kejam pernah dilakukan oleh orang musyrikin
Mekah terhadap Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam. Jawab Abdullah bin Amr:
“Aku melihat Uqbah bin Abi Mu’aith (ابن معيط) mendatangi Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam yang sedang solat, (lalu) dia membelitkan kain(serban)nya ke
leher Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam dan mencekik Nabi Sallallahu Alayh wa
Sallam dengan sangat kuat, kemudian Abu Bakar datang dan menghalang
perbuatannya ke atas Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam,
sambil (Abu Bakar) berkata:
sambil (Abu Bakar) berkata:
أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ
يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ
Terjemahannya:
“Patutkah
kamu membunuh seorang lelaki (kerana) ia menegaskan: “Tuhanku ialah Allah?” -
sedang ia (Muhammad) telah datang kepada kamu (musyrikin Mekah) dengan membawa
keterangan-keterangan daripada Tuhan kamu?”.
(Surah Ghafir 40:28)
[18] Suatu
hari Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam sedang menunaikan solat di Kaabah, ketika
itu Abu Jahal dan rakan-rakannya sedang duduk, sebahagian mereka berkata sesama
mereka: “Siapakah yang mahu meletakkan tahi (najis) unta Bani Fulan untuk
diletakkan di punggung Muhammad ketika dia sujud?. (lalu) Datang seorang yang
membawanya dan menunggu saat Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam sujud dan meletakkannya
(najis tersebut) di atas punggung baginda. Abdullah bin Mas’ud yang
menceritakan kisah ini berkata: “Saat itu aku melihat, namun aku tidak mampu
melakukan apa-apa. Seandainya aku mempunyai kekuatan saat itu –aku akan
menghalangnya-”.
Lalu mereka mentertawakan Nabi
Sallallahu Alayh wa Sallam, sementara Baginda sendiri tetap sujud dan tidak
bangkit daripada keadaan sujudnya, sehinggalah datangnya Fatimah membuang najis
tersebut dari punggung Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam. Setelah itu, Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam bangkit dan berdoa: “Ya Allah, azablah Quraisy”. Baginda
mengucapkannya sebanyak tiga kali[1].
[19] Anas
bin Malik berkata: “Mereka (Musyrikin Mekah) benar-benar telah memukul Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam sehingga menyebabkan baginda pengsan, kemudian Abu Bakar
datang dan berseru: “Celaka kamu semua, adakah kamu semua ingin membunuh
seorang lelaki yang mengucapkan ‘Tuhanku adalah Allah’? [nada sindiran]. Mereka
bertanya, ‘Siapa dia?’. Mereka menjawab, ‘Ibnu Abi Quhafah’ yang gila’[2].
[20] Ketika
berlakunya perang Uhud, gigi Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam telah patah,
manakala wajahnya pula terluka. Sungguhpun begitu, Nabi Sallallahu Alayh wa
Sallam tetap bersabar dan berharap pahala daripada Allah. Ibn Mas’ud yang
menceritakan kisah ini berkata: “Seolah-olah aku melihat Nabi Sallallahu Alayh
wa Sallam menceritakan keadaan seorang Nabi daripada sekalian para Nabi, yang
kaumnya memukulnya sehingga berdarah sambil mengusap darah dari wajahnya dan
berdoa:
اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون
Berpandukan hadith-hadith tersebut, jelas
menunjukkan antara sifat mulia Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang patut
dicontohi dan diteladani ialah bersifat Sabar. Menurut Syeikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaymin,
definisi Sabar menurut Islam tidak terkeluar daripada 3 perkara utama berikut:
- Pertama : Bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah azza wa jalla,
- Kedua: Bersabar daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah azza wa jalla, dan
- Ketiga: Bersabar dalam menghadapi ketentuan Allah azza wa jalla yang menyakitkan serta apa jua gangguan yang timbul di luar batas kemampuan manusia mahupun yang berasal daripada perbuatan orang lain[4].
Lihatlah akhlak mulia Nabi
Sallallahu Alayh wa Sallam tersebut, sekalipun diganggu dan diancam dari
segenap sudut oleh musyrikin Mekah, namun Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam tidak
sesekali berpaling daripada dakwah dan perjuangannya. Sabarnya Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam tatkala disakiti, Baginda langsung tidak melakukan sebarang
tindak balas melawan, bahkan kadang kala Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam
mendoakan kebaikan dan hidayah buat mereka dan terkadang mendoakan kecelakaan
buat mereka. Inilah sifat yang perlu kita sama-sama amalkan dalam kehidupan ini
agar dapat menjadikan kesabaran sebagai salah satu entiti dakwah yang berkesan.
Benarlah sabdaan Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang dirakamkan oleh Abu
Hurayrah:
لَيْسَ
الشَّدِيْدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ
الْغَضَبِ
Terjemahannya: “Orang yang Perkasa
(Hebat) bukanlah orang yang pandai bergaduh (berlawan), akan tetapi (sebenarnya)
orang yang Perkasa ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah”[5].
Wallahu A’lam.
[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 240 dan Muslim no.
1794 dari hadith Abdullah bin Mas’ud.
[2] Diriwayatkan oleh al-Hakim, dalam Mustadraknya, 3/70
dan menilainya sebagai sahih berdasarkan syarat Muslim dan al-Dhahabi
menyetujuinya.
[3] Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 3477 dan Muslim no.
1792.
[4]
Syarh Salasat al-Usul, m/s 24.
[5]
Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 6114 dan Muslim no.
2609.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan