Jumaat, 24 Januari 2014

SIRI I : REFLEKSI SOLAT JUMAAT


Hari Jumaat turut dikenali sebagai Sayyid al-Ayyam (penghulu segala hari)[1] lantaran beberapa peristiwa yang telah terjadi, seperti penciptaan dan kewafatan Nabi Adam Alayhissalam, dan juga peristiwa yang dijanjikan bakal berlaku pada hari tersebut seperti kejadian Hari Kiamat. Hari Jumaat juga dikhususkan Allah azza wa jalla buat umat Islam, sebagai menyelisihi kemuliaan hari Sabtu bagi kaum Yahudi dan Ahad bagi Nasrani (Kristian)[2].

Rabu, 1 Januari 2014

MAKANAN SUNNAH: MADU [AL-SHIFA'-SAUDI]



Madu lebah merupakan salah satu makanan yang disebutkan Allah azza wa jalla dalam al-Quran, bahkan mendapat pengiktirafanNya sebagai syifa’ (penyembuh) bagi manusia.

Ahad, 6 Oktober 2013

SIRI 4 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam)


Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelumnya yang berjudul SIRI I, SIRI II & SIRI III: MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam).

Umrah Keempat: Umrah dalam Haji (Hajjat al-Wada’).

Perjalanan umrah ini berlangsung lima hari sebelum berakhirnya bulan Zulkaedah tahun ke-10 Hijrah, rentetan keinginan yang mendalam Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam untuk mengerjakan Haji pada tahun tersebut, selepas terlepas melaksanakannya pada hari penaklukan Mekah yang lalu. Pada tahun 8 Hijrah tersebut, umat Islam telah menunaikan Haji bersama-sama kaum Musyrikin Mekah. Manakala pada tahun berikutnya, Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam memerintahkan Abu Bakr al-Siddiq menjadi Amir (ketua) kepada umat Islam dan mereka memulakan perjalanan dari Madinah ke Mekah pada bulan Zulhijjah[1].

Jumaat, 20 September 2013

SIRI 3 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam)


Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelumnya yang berjudul SIRI I dan SIRI II: MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu ALayh wa Sallam)



Umrah Ketiga: Umrah Ji’ranah atau Ji’irranah[1].

Perjalanan umrah ini berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun ke-8 Hijrah, rentetan daripada peristiwa penaklukan kota Mekah pada tanggal 19 Ramadhan yang membawa kepada tercetusnya api peperangan Hunayn pada tanggal 10 Syawal.

Khamis, 19 September 2013

SIRI 11 : CINTA NABI (Sifat Adil)


Gambar Hiasan
 [31]      Tercatat dalam sebuah kisah tentang seorang wanita dalam kalangan Bani Makhzum yang telah didapati melakukan perbuatan mencuri era peperangan (ghazwah) al-Fath. Tatkala seorang sahabat kesayangan Nabi Muhammad Sallallahu ALayh wa Sallam yang terkenal iaitu Usamah bin Zaid berusaha menjadi perantara untuk bertemu Nabi Muhammad Sallallahu ALayh wa Sallam bagi memohon kemaafan buat wanita tersebut (agar tidak dijatuhkan hukuman keatasnya).