Seorang ulama generasi Salaf yang digelar Abu Abdurrahman al-Sulami pernah mengatakan bahawa: “Kami mempelajari al-Quran daripada mereka yang mempelajari sepuluh ayat daripada al-Quran dan tidak berganjak kepada ayat seterusnya sebelum mereka benar-benar faham dan mengamalkannya. Manakala, generasi kita kini (pada zaman beliau) mempelajari al-Quran secara sekaligus. Namun begitu, akan datang suatu generasi sesudah kita nanti yang akan mempelajari al-Quran seperti keadaan orang yang minum air, (iaitu) tidak melewati tenggorok mereka (hanya dibaca di lidah tetapi tidak masuk ke dalam hati)”[1].
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak antaranya orang-orang yang fasik” [Surah al-Hadid : 16]
Memaparkan catatan dengan label AKHLAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKHLAK. Papar semua catatan
Isnin, 4 Mac 2013
AL-QURAN DIFAHAMI BUKAN SEKADAR DIBACA
Seorang ulama generasi Salaf yang digelar Abu Abdurrahman al-Sulami pernah mengatakan bahawa: “Kami mempelajari al-Quran daripada mereka yang mempelajari sepuluh ayat daripada al-Quran dan tidak berganjak kepada ayat seterusnya sebelum mereka benar-benar faham dan mengamalkannya. Manakala, generasi kita kini (pada zaman beliau) mempelajari al-Quran secara sekaligus. Namun begitu, akan datang suatu generasi sesudah kita nanti yang akan mempelajari al-Quran seperti keadaan orang yang minum air, (iaitu) tidak melewati tenggorok mereka (hanya dibaca di lidah tetapi tidak masuk ke dalam hati)”[1].
Isnin, 4 Februari 2013
SIRI 2: ‘PARASIT’ IBADAH ADALAH RIYA’, UJUB DAN TAKABBUR
Pada artikel yang lepas,
penulis telah membincangkan tentang parasit ibadah yang sangat merbahaya iaitu
riya’. Perlu diketahui bahawa setiap amalan yang dilakukan sama ada secara
zahir ataupun batin, pasti Allah azza wa jalla menilainya. Penilaian yang
dilakukan juga mempunyai garis panduan yang khas, iaitu syarat penerimaan
sesuatu amalan di sisi Allah azza wa jalla.
Jumaat, 1 Februari 2013
SIRI 1: ‘PARASIT’ IBADAH ADALAH RIYA’, UJUB DAN TAKABBUR
Manusia secara lahiriahnya
mampu memperagakan perwatakan terpuji di hadapan teman-temannya mahupun
masyarakat sekelilingnya. Ia merupakan antara anugerah Allah azza wa jalla
kepada hambanya di muka bumi ini yang penuh hikmah dan maksud yang amat
mendalam. Cuba anda bayangkan sekiranya Allah azza wa jalla menciptakan manusia
bersama-samanya sebuah skrin di dahi yang boleh menunjukkan sesuatu yang sedang
bermain di minda seseorang individu.
Isnin, 28 Januari 2013
KEKUATAN AQIDAH MELAHIRKAN KEPERKASAAN SAHSIAH
Permasalahan keruntuhan akhlak dan isu gejala sosial semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat kini. Suatu fenomena negatif yang kian meruncing dan seakan-akan dilihat tiada menuju titik noktah. Jika ditinjau, masyarakat Melayu di Malaysia majoritinya beragama Islam dan secara asasnya juga bangsa Melayu itu sendiri mempunyai budaya asli yang sangat harmoni dan luhur. Oleh sebab itu, mengikut sejarahnya bangsa Melayu dilihat mudah menerima pembawaan agama Islam lantaran persamaan beberapa elemen budaya yang diterapkan.
Isnin, 21 Januari 2013
PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN YANG DIRAHMATI
Kucing merupakan antara makhluk Allah azza wa
jalla yang sangat diminati oleh masyarakat kita untuk dijadikan haiwan
peliharaan. Malah lebih daripada itu, sebahagian kita sangat menyukainya dan
menganggap ia sebagai teman kesayangan dan rakan untuk melepaskan ‘tension’.
Selasa, 15 Januari 2013
BERDAKWAH MELALUI AKHLAK MULIA
Ramai dalam kalangan kita menyangka bahawa
urusan berdakwah memerlukan ilmu agama yang luas dan amal ibadah yang hebat.
Lantaran itu, usaha berdakwah ini dilihat merupakan antara skop kerja para
ustaz, ustazah dan agamawan sahaja. Persepsi sebegini seharusnya diubah dengan
memberikan kefahaman yang sahih melalui penerangan menyeluruh mengenai konsep
dakwah yang sebenar.
Jumaat, 4 Januari 2013
CINTAILAH NABI DENGAN ILMU
Bulan Rabi’ al-Awwal merupakan bulan kelahiran
Nabi kita iaitu Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam. Setiap kali menjelang
tibanya, pasti umat Islam akan disajikan dengan pelbagai bentuk program yang
diatur oleh pihak jawatankuasa masjid mahupun organisasi – organisasi tertentu.
Penglibatan panel penceramah yang terkenal dan mempunyai ‘daya penarik’ menghiasi
pentas-pentas bicara yang membahaskan tentang topik ‘Maulid al-Rasul’ turut memberangsangkan
kehadiran jemaah.
Khamis, 27 Disember 2012
NAMPAK BAIK, REALITINYA BURUK
Sebahagian masyarakat
kita mempunyai pemikiran yang baik atau sekurang-sekurangnya menginginkan
kebaikan daripada setiap amalan yang dilakukan. Hal ini merupakan suatu petanda
positif sebagai asas untuk mendorong diri menjadi insan yang sentiasa memberi
manfaat kepada makhluk Allah azza wa jalla yang lain. Ia juga menjadi bukti
bahawa individu tersebut sudah mendapat ‘tolakan’ ke arah jatidiri seorang
Muslim yang sejati.
Isnin, 17 Disember 2012
BERKHIDMATLAH DENGAN PENUH AMANAH
Sudah sekian lama masa cuti berlalu tanpa
sebarang tugas formal yang dilakukan, hanya berpaut pada jendela buku yang
berselerakan di sebalik mundar-mandir perjalanan menuju ke destinasi
silaturrahim. Kini menjelang tiba saat mempersiapkan diri dari aspek fizikal,
emosi, rohani dan ilmu bagi menjalani sesi baharu persekolahan sebagai seorang
guru. Pelbagai persoalan yang bermain dalam benak fikiran ini mengenai
tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul, adakah dapat dipenuhi atau
dibiarkan ia dikhianati menjadi salah satu kriteria orang – orang munafik.
Sabtu, 15 Disember 2012
HAKIKAT DEMAM DAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENIMPA
Setiap yang berlaku merupakan suratan taqdir yang telah ditentukan
Allah azza wa jalla dan disebaliknya pasti tersirat hikmah yang tidak dapat
dijangkau dek akal. Begitulah juga apabila kita ditimpa musibah demam dan
pelbagai jenis penyakit. Sebaiknya kita sebagai hamba Allah azza wa jalla redha
dengan segala ketetapan tersebut dan elakkan daripada mengeluh atau
mempersoalkan taqdir yang telah ditetapkan Allah azza wa jalla. Abu al-Darda’
pernah berkata: "Apabila Allah azza wa jalla telah menetapkan suatu
taqdir, maka yang paling dicintaiNya adalah (kita) meredhai taqdirNya"[1].
Selasa, 11 Disember 2012
BERWASPADA DENGAN NIKMAT
Kebanyakan daripada masyarakat kita beranggapan bahawa melimpahnya nikmat dan rezeki yang diperolehi merupakan tanda kemuliaan daripada Allah azza wa jalla. Sambil mengganggap mereka yang miskin, hidup dalam kesempitan dan gundah gulana adalah golongan yang dihina Allah atas keengkaran mereka mematuhi perintah Allah azza wa jalla. Inilah persepsi yang bermain dibenak fikiran sebilangan kita seandainya dipandu oleh penilaian logik akal semata-mata tanpa merujuk kepada hakikat atau maqasid sebenar nikmat Allah azza wa jalla.
Ahad, 2 Disember 2012
IBU BAPA PENCONGAK KEBAHAGIAAN
Setiap manusia menginginkan kebahagian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh
sebab itu, sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan
impiannya. Ia bergantung kepada sejauhmana pemahaman dan tafsiran individu
mengenai erti kebahagiaan.
Khamis, 22 November 2012
SUNNAH MEMILIKI DAN MENAIKI KENDERAAN
Kebanyakan kita sering memperkatakan tentang kecanggihan kenderaan
yang dimiliki, kekuatan enjin, kelancaran pemanduan dan sebagainya. Terdapat
dalam kalangan kita juga yang sibuk membicarakan mengenai kes-kes yang berlaku
di jalanraya seperti beg diragut ketika menaiki motor atau kereta, kemalangan
jalanraya dan kerosakan kereta. Bahkan, sebahagian kita juga membincangkan
tentang bahayanya pelaksanaan sistem AES, cara melepaskan diri daripada ‘Road
Block’ dan sebagainya.
Sabtu, 6 November 2010
ADAB BERSIN DAN MENGUAP
Telah disepakati oleh para ulama’ salaf (sebelum kurun keempat) hingga kini, satu sunnah qawliah yang dianjurkan Nabi SAW yang menunjukkan kepada kesempurnaan akhlak dan ketinggian adab berkomunikasi sesama manusia. Ia merujuk kepada sunnah mendoakan orang yang bersin dan kewajipan membalas doa mereka. Malah, dilihat sunnah tersebut masih lagi dipraktikkan oleh sebahagian masyarakat Islam yang prihatin sekalipun pada kaca mata umum ia terasa janggal.
Langgan:
Catatan (Atom)











