[21] Setiap Nabi dianugerahkan doa atau
permohonan yang mustajab oleh Allah azza wa jalla. Salah satu bukti kecintaan dan kasih sayang Nabi Muhammad Sallallahu
Alayh wa Sallam terhadap umatnya ialah mendahulukan doa mustajab tersebut untuk
umatnya. Doa mustajab tersebut disimpan oleh Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam untuk
dipohonnya di akhirat kelak
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak antaranya orang-orang yang fasik” [Surah al-Hadid : 16]
Rabu, 28 Ogos 2013
Isnin, 19 Ogos 2013
SIRI 8: CINTA NABI (Sifat Sabar)
[17] Urwah
bin al-Zubayr menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Abdullah bin
Amr tentang perbuatan yang paling kejam pernah dilakukan oleh orang musyrikin
Mekah terhadap Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam. Jawab Abdullah bin Amr:
“Aku melihat Uqbah bin Abi Mu’aith (ابن معيط) mendatangi Nabi Sallallahu
Alayh wa Sallam yang sedang solat, (lalu) dia membelitkan kain(serban)nya ke
leher Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam dan mencekik Nabi Sallallahu Alayh wa
Sallam dengan sangat kuat, kemudian Abu Bakar datang dan menghalang
perbuatannya ke atas Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam,
Sabtu, 16 Mac 2013
TUJUAN PENSYARIATAN DOA DAN ZIKIR DALAM ISLAM
Islam mewajibkan
ke atas umatnya melaksanakan ibadah kepada Allah azza wa jalla sebagaimana yang
diajar oleh Nabi Muhammad Sallallahu ALayh wa Sallam. Perlaksanaan ibadah ini
pada dasarnya bersifat Tawqifi (iaitu: tetap sepertimana yang ditunjukkan oleh
Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam) dan ia sama sekali tidak boleh diubah mahupun
ditokok tambah. Sekiranya berlaku salah satu atau kedua-dua perkara tersebut,
ia bakal membantutkan maqasid (tujuan pensyariatan) sesuatu ibadah itu. Perlu
difahami bahawa setiap ibadah yang disyariatkan Allah azza wa jalla,
perintah-perintahNya serta larangan-laranganNya mempunyai hikmah atau kelebihan
disebaliknya, sama ada dijelaskan oleh Allah azza wa jalla mahupun yang
tersembunyi. Sungguhpun begitu, kelebihan tersebut tidak akan diperoleh
sekiranya ia tidak menepati garis panduan yang ditetapkan dalam sesuatu ibadah.
Isnin, 4 Mac 2013
AL-QURAN DIFAHAMI BUKAN SEKADAR DIBACA
Seorang ulama generasi Salaf yang digelar Abu Abdurrahman al-Sulami pernah mengatakan bahawa: “Kami mempelajari al-Quran daripada mereka yang mempelajari sepuluh ayat daripada al-Quran dan tidak berganjak kepada ayat seterusnya sebelum mereka benar-benar faham dan mengamalkannya. Manakala, generasi kita kini (pada zaman beliau) mempelajari al-Quran secara sekaligus. Namun begitu, akan datang suatu generasi sesudah kita nanti yang akan mempelajari al-Quran seperti keadaan orang yang minum air, (iaitu) tidak melewati tenggorok mereka (hanya dibaca di lidah tetapi tidak masuk ke dalam hati)”[1].
Khamis, 28 Februari 2013
SIRI 7: CINTA NABI (Sifat Zuhud)
[15] Abdullah
ibn Mas’ud pernah menceritakan, suatu ketika beliau datang bertemu Nabi Muhammad
Sallallahu Alayh wa Sallam yang saat itu sedang berbaring di atas tikarnya dan
kelihatan dibelakang badan Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam kesan (anyaman)
tikar tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)


