Selasa, 3 September 2013

SIRI 1 : MANASIK (Penghayatan Umrah Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam)


Tercatat dalam Sahih al-Bukhari sebuah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik (anak Ummu Sulaym) Radhiyallahu Anh bahawa:

اعتمَرَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أربعَ عُمَرٍ ، كلُّهُنَّ في ذي القَعْدَةِ ، إلا التي كانت مع حِجَّتِه : عمرةٌ مِن الحُدَيْبِيَةِ في ذي القَعْدَةِ ، وعمرةٌ مِن العامِ المُقْبِلِ في ذي القَعْدَةِ ، وعمرةٌ مِن الجُعْرَانةِ ، حيث قَسَمَ غنائمَ حُنَيْنٍ في ذي القَعْدَةِ ، وعمرةٌ مع حَجَّتِه.

Terjemahannya: “Rasulullah Sallallahu ALayh wa Sallam telah mengerjakan umrah sebanyak 4 kali, kesemuanya pada bulan Zulkaedah, kecuali umrahnya yang disertakan dengan Haji. (Iaitu) Umrah Hudaibiyah, Umrah Tahun Berikutnya (Qadha’), Umrah Ji’ranah yang menyaksikan peristiwa Rasulullah Sallallahu Alayh wa Sallam membahagikan harta rampasan dalam peperangan Hunain dan Umrah yang disertakan dengan Haji”[1].

Rabu, 28 Ogos 2013

SIRI 9: CINTA NABI (Sifat Kasih Sayang)


[21]        Setiap Nabi dianugerahkan doa atau permohonan yang mustajab oleh Allah azza wa jalla. Salah satu bukti kecintaan dan kasih sayang Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam terhadap umatnya ialah mendahulukan doa mustajab tersebut untuk umatnya. Doa mustajab tersebut disimpan oleh Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam untuk dipohonnya di akhirat kelak

Isnin, 19 Ogos 2013

SIRI 8: CINTA NABI (Sifat Sabar)


[17]      Urwah bin al-Zubayr menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Abdullah bin Amr tentang perbuatan yang paling kejam pernah dilakukan oleh orang musyrikin Mekah terhadap Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam. Jawab Abdullah bin Amr: “Aku melihat Uqbah bin Abi Mu’aith (ابن معيط) mendatangi Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam yang sedang solat, (lalu) dia membelitkan kain(serban)nya ke leher Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam dan mencekik Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam dengan sangat kuat, kemudian Abu Bakar datang dan menghalang perbuatannya ke atas Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam,

Sabtu, 16 Mac 2013

TUJUAN PENSYARIATAN DOA DAN ZIKIR DALAM ISLAM


Islam mewajibkan ke atas umatnya melaksanakan ibadah kepada Allah azza wa jalla sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad Sallallahu ALayh wa Sallam. Perlaksanaan ibadah ini pada dasarnya bersifat Tawqifi (iaitu: tetap sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam) dan ia sama sekali tidak boleh diubah mahupun ditokok tambah. Sekiranya berlaku salah satu atau kedua-dua perkara tersebut, ia bakal membantutkan maqasid (tujuan pensyariatan) sesuatu ibadah itu. Perlu difahami bahawa setiap ibadah yang disyariatkan Allah azza wa jalla, perintah-perintahNya serta larangan-laranganNya mempunyai hikmah atau kelebihan disebaliknya, sama ada dijelaskan oleh Allah azza wa jalla mahupun yang tersembunyi. Sungguhpun begitu, kelebihan tersebut tidak akan diperoleh sekiranya ia tidak menepati garis panduan yang ditetapkan dalam sesuatu ibadah.

Isnin, 4 Mac 2013

AL-QURAN DIFAHAMI BUKAN SEKADAR DIBACA



Seorang ulama generasi Salaf yang digelar Abu Abdurrahman al-Sulami pernah mengatakan bahawa: “Kami mempelajari al-Quran daripada mereka yang mempelajari sepuluh ayat daripada al-Quran dan tidak berganjak kepada ayat seterusnya sebelum mereka benar-benar faham dan mengamalkannya. Manakala, generasi kita kini (pada zaman beliau) mempelajari al-Quran secara sekaligus. Namun begitu, akan datang suatu generasi sesudah kita nanti yang akan mempelajari al-Quran seperti keadaan orang yang minum air, (iaitu) tidak melewati tenggorok mereka (hanya dibaca di lidah tetapi tidak masuk ke dalam hati)”[1].